Abu Hurairahr.a. berkata bahawa Nabi saw pernah bersabda,
"Kelak di hari Kiamat, manusia akan digiring dalam tiga kelomnpok:
satu kelompok berjalan kaki, satu kelompok berkenderaan dan kelompok
ketiga berjalan melalui wajah-wajah mereka. " Ditanya kepada
Rasulullah saw: Ya Rasulullah, bagaimana mereka dapat berjalan dengan
wajah-wajah mereka? Kata beliau saw.: " Sesungguhnya yang Maha
Menjadikan mereka, dapat berjalan dengan kaki itu, dapat juga
menjadikan mereka berjalan dengan wajahnya. Ketahuilah sesungguhnya
mereka itu dapat berjalan cepat dengan wajahnya dari tempat yang
tginggi serta penbuh berduri"
Lanjutan hadis ini ialah:
"Adapun mereka yang berjalan adalah orang-orang mukmin berdosa,
adapun orang-orang yang berkenderaan adalah orang-orang yang taqwa
dari orang-orang yang lebih awal yang tidak mempunyai rasa takut dan
susah; dan adapun orang-orang yang berjalan dengan wajah mereka
adalah orang-orang yang kafir.
Ini mengandungi erti, bahawa mereka itu menjadi tiga kelompok ,
kelompok pertama, adalah orang-orang muslimin yang digambarkan
berkenderaan sedangkan dua kelompok lainya adalah orang-orang kafir.
Satu dari yang dua itu adalah gambaran orang-orang yang takabbur,
sombong serta durhaka, yang tidak mahu mendengar nasihat, maka
merekalah yang digiring sambil berjalan dengan wajah mereka sedangkan
para pengikutnya berjalan biasa.
(Sumber: Durratun Nasihin)
Ketahuilah kita semua, Tarikh sebenar bila akan berlaku hari kiamat
tetap merupakan antara 5 rahsia besar yang tak mungkin diketahui oleh
para makhluk-Nya, tetapi apa yang bakal berlaku pada hari kiamat bukan
merupakan rahsia lagi. Alquran dan hadith banyak menceritakan apa
yang bakal berlaku pada hari tersebut. Sama ada kita mahu atau tidak,
kita pasti akan menempuhinya.
Sudahkah kita mempunyai cukup bekalan untuk menghadapi hari yang
penuh rahsia itu? Kita acapkali gementar dan gusar bila memikirkan
hari berkenaan, tetapi kita jarang sekali membuat sebarang persediaan
untuk menghadapi hari yang pasti akan tiba itu.
Saya bukanlah insan yang paling mengetahui, sekadar mengingatkan pada
diri sendiri.
1 comment:
Assalamu'alaikum, sahabat Blogger dan rakan-rakan pengunjung sekalian.
Alhamdulillah! Terima kasih! Inilah ciri sahabat sejati! Ada pengetahuan dikongsi, bukan hanya untuk diri sendiri, sekaligus memanfaatkan ICT untuk manfaat duniawi dan ukhrawi. Teruskan!!!
Ya, memang benar. Qiamat, walau suka atau tidak, tetap akan mengunjungi semua, dan itulah proses terakhir daripada permulaan kematian. Apa yang pelik lagi benar ialah, semua orang, tanpa mengira agama dan fahaman, tahu hakikat itu. Namun, acap kali, nafsu buas dan cintakan dunia akibat runtunan syaitanlah sering jadi kebanggaan. Peristiwa yang digambarkan pada Israk dan Mikraj Nabi SAW sahaja, sudah cukup, dan sewajarnya memberi keinsafan kepada semua. Justeru, marilah kita sekalian, terutama sekali kita, para Muslimin dan Muslimat, mengambil iktibar serta membuat persediaan sebelum tiba saat yang dijanjikan. Jangan nanti, bila terantuk, baru nak tengadah, kan?
Terima kasih.
Post a Comment