Wednesday, February 10, 2016

Berkunjung Ke Rumah Cikgu Tang Lai Shin



Pada 8 Februari (Isnin) lalu, saya sekeluarga berkesempatan berkunjung ke rumah Cikgu Tang Lai Shin di Kuantan. Kebetulan pula, musim cuti bersempena dengan sambutan tahun baru Cina kali ini saya berada di Kuantan. Manakala jarak antara rumah kami berdua bukanlah jauh sangat. Seingat saya, ini kali kedua saya mengunjungi Cikgu Tang di rumahnya. Manakala Cikgu Tang pula sudah dua kali ke rumah kami di Kuantan.



Cikgu Tang Lai Shin pernah bertugas di sekolah tempat saya bertugas sekarang antara tahun 2010 hingga 2014. Pada pertengahan tahun 2014, beliau telah berpindah ke Kuantan iaitu tempat asal beliau. Kini beliau bertugas di Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Kuantan.

Setiap kali saya berkunjung ke rumah Cikgu Tang, kami pasti akan diberi layanan yang cukup mesra. Cikgu Tang pula tidak lupa menghidangkan untuk saya biskut kesukaan saya. Ibu dan ayah Cikgu Tang juga cukup mesra. Ayahnya pula memang gemar bercerita.



Kepada Cikgu Tang, terima kasih banyak-banyak kami ucapkan atas layanan yang cukup baik setiap kami berkunjung ke rumahnya. Semoga hubungan mesra antara keluarga kita akan berpanjangan.





No comments: