Thursday, February 25, 2016

Zulkifli Talib Kembali Ke Rahmatullah




Saya menerima berita iaitu Saudara Zulkifli Talib telah kembali ke rahmatullah sekitar jam 6 petang sebentar tadi. Menurut maklumat yang diterima, Allahyarham telah menghembuskan nafas terakhirnya di Institut Kaji Saraf, Hospital Kuala Lumpur (HKL). Dalam kalangan rakan-rakan yang senasib, beliau amat dikenali dengan panggilan Zul Ane sahaja. Semoga Allahyarham mendapat rahmat dan keampunan Allah setiap ketika. Semoga rohnya dihimpunkan dalam kalangan para solihin.

Kepada seluruh keluarganya, saya mengucapkan takziah atas pemergian Allahyarham ke rahmatullah. Bersabarlah dengan ujian yang menimpa. Suatu hari yang pasti, kita juga akan menurut jejak langkah beliau.

Saya juga ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada rakan baik yang sudi berkongsi berita sedih ini dengan kita semua.

Alfatihah ....


No comments: