Monday, August 1, 2016

Sambutan Aidil Fitri SMPK Setapak 2016



Pada 29 Julai 2016 (Jumaat) yang lalu, sekolah tempat saya bertugas telah menganjurkan sambutan bersempena dengan perayaan aidil fitri bagi tahun 1437H bersamaan dengan 2016M. Sambutan dan jamuan ini hanya untuk seluruh warga sekolah di semua lapisan. Manakala lokasi sambutan pula ialah di gelanggang serba guna sekolah.

Persembahan 1

Selain daripada jamuan, sambutan turut diserikan dengan persembahan daripada murid, pemberian pelbagai sumbangan kepada warga yang layak dan sebagainya.

Dari aspek kemeriahan pula, bagi saya ia memang meriah. Golongan yang paling teruja dan seronok sudah tentulah kalangan murid sendiri.

Menu hidangan pula pelbagai jenis. Ada sesetengah menu disumbangkan oleh warga sekolah sendiri sama ada sedcara individu mahupun menerusi panitia mata pelajaran masing-masing. Di sini terserlah kerjasama erat dalam kalangan setiap warga sekolah dalam penganjuran majlis seperti ini.

Mudah-mudahan kita akan bertemu lagi dalam majlis seumpama ini pada masa yang akan datang.


No comments: