Sunday, May 21, 2017

Panel E-Braille



Baru-baru ini, keluar berita melalui beberapa media bahawa saya adalah orang yang telah mencipta Panel E-Braille. Wawancara berkenaan telah dilakukan oleh pihak Harian Metro dengan saya pada 15 Mei yang lalu. Dalam wawancara berkenaan saya telah nyatakan bahawa panel E-Braille berkenaan adalah hasil inovasi sekumpulan penyelidik daripada FKM, UTM. Dalam wawancara tersebut juga, saya telah diminta untuk menunjukkan bagaimana cara menggunakan panel E-Braille berkenaan.

(Klik di sini untuk menonton berita berkenaan)


Mulanya saya tidak berminat untuk ambil kisah dengan berita tersebut. Walau bagaimanapun, beberapa hari kemudian, saya mula menerima panggilan telefon daripada beberapa orang sama ada yang saya kenali mahupun daripada mereka yang mungkin kurang saya kenali. Ada yang ucap tahniah kepada saya!

Perlu saya tegaskan iaitu panel E-Braille yang dimaksudkan adalah hasil inovasi sekumpulan penyelidik daripada Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Merekalah yang bertungkus-lumus daripada mencari dana hinggalah ke tahap akhir penghasilan panel E-Braille berkenaan.

Peranan saya amat kecil dalam penghasilan panel berkenaan. Jadi kalau hendak dikatakan saya sebagai pencipta, malu rasanya saya mendengarnya.

Sekali lagi saya tegaskan, panel E-Braille berkenaan adalah hasil inovasi sekumpulan penyelidik daripada Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM).


No comments: