Sunday, December 12, 2010

Forum Akta Orang Kurang Upaya 2008

Satu forum berkaitan dengan Akta Orang Kurang Upaya 2008 akan diadakan pada hari ini (12 Disember) bertempat di auditorium Majlis Peguam Malaysia di Jalan Lebuh Pasar Besar, Kuala lumpur. Menurut kandungan email kepada saya oleh pihak Majlis Peguam, terdapat 5 orang ahli penal yang akan terlibat dalam forum tersebut. Kehadiran OKU amat dialu-alukan dan tiada sebarang yuran penyertaan dikenakan kepada hadirin. Selain golongan OKU, kehadiran golongan yang bukan OKU juga amat dialu-alukan. Forum berkenaan dianjurkan oleh Jawatankuasa Hak Asasi Manusia, Majlis Peguam Malaysia.

Oleh itu, marilah kita semarakkan forum berkenaan dengan hadir beramai-ramai ke forum berkenaan. Forum berkenaan akan dijalankan dalam bahasa Melayu dan Inggeris. Forum inni akan dipengerusikan oleh En. Andrew Khoo (seorang peguam) iaitu anak kepada Cikgu Khoo Peng Kui. Mendiang Cikgu Khoo Peng Kui merupakan seorang guru yang berpenglihatan tetapi telah berbakti selama lebih daripada 20 tahun sebagai guru kepada murid-murid cacat penglihatan dan telah bersara pada tahun 1986 yang lalu.

Di bawah ini saya kemukakan jadual forum berkenaan untuk kemudahan kita bersama:

Time Details

2.00pm – 2.30pm: Registration

2.30pm – 2.45pm: Welcome remarks by Secretary of Malaysian Bar, Mr George Varughese

2.45pm - 3.00pm: Malaysia's ratification of the UN Convention on the Rights of Persons with Disabilities and human rights for the disabled community in Malaysia
Panellist: Ms Helen Chin, advocate & solicitor

3.00pm - 3.15pm: Observation and expectation from the vocational and recreational perspectives
Panellist: Cikgu Zakaria bin Yahaya, teacher,
Sekolah Menengah Pendidikan Khas, Setapak, Kuala Lumpur

3.15pm – 3.30pm: Opportunities in education – early, primary, secondary and tertiary
Panellist: Professor Dr. Tiun Ling Ta, President, Persatuan Orang Cacat Anggota Malaysia

3.30pm – 3.45pm: Commitments by the government ministries and agencies: Ministry of Health
Panellist: Dr Mymoon bt Alias,
Timbalan Pengarah, Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, Kementerian Kesihatan Malaysia

3.45pm – 4.00pm: Enjoying life from human rights perspective
Panellist: Ms Bathmavathi Krishnan, President, Persatuan Wanita Kurang Upaya

4.00pm – 4.15pm: Q & A

4.15pm – 4.40pm: Conclusion by panellists

4.40pm – 5.00pm: Closing remarks by Mohammad Faizal Che Yusof, forum organizer, member of Human Rights Committee

Mari kita semarakkan!

No comments: