Selamat Pengantin Baru Kepada Ustaz Kalam Dan Cikgu Bazliah
Pada 14 Mac 2009 (Sabtu) lalu, saya telah ke Taiping untuk menghadiri majlis akad nikah dan walimatul urus di antara Ustaz Kalam (Mohd Kalam Mazad bin Abdul Rahman) dengan pasangannya Cikgu Bazliah (Nurul Bazliah binti Fakrul Radzi). Hubungan saya dengan Ustaz Kalam mula terjalin sekitar 5 tahun lalu. Walaupun hubungan kami agak baru, tetapi ia telah berjalan dengan baik dan semakin akrab dari semasa ke semasa. Lebih jauh lagi, hubungan juga turut terjalin di antara saya sekeluarga dengan keluarga Ustaz Kalam dan hubungan tersebut semakin akrab dari semasa ke semasa. Oleh itu, bersempena dengan perkahwinan Ustaz Kalam, saya sekeluarga telah diundang oleh keluarga Ustaz Kalam untuk menyertai rombongan keluarga mereka ke rumah pengantin perempuan di Taiping. Memandangkan hubungan kami yang akrab, saya dengan rela bersetuju dengan undangan keluarga Ustaz Kalam khususnya daripada kedua ibu bapanya. Dengan itu, pada 14 Mac lalu, seramai 20 ahli rombongan dengan 6 buah kenderaan pun bergeraklah ke Taiping dengan jarak sekitar 252 KM dari tol Jalan Duta ke tol Changkat Jering.
Majlis akad nikah telah berlangsung di rumah keluarga pengantin perempuan di Batu Kurau. Sekitar jam 8.33 malam, dengan sekali lafaz sahaja, Ustaz Kalam telah sah bergelar suami dan Cikgu Bazliah telah sah menjadi isteri Ustaz Kalam.
Majlis walimatul urus pula telah berlangsung di dewan Kampung Jambu, Taiping pada keesokan harinya (15 Mac). Lebih kurang jam 1.00 tengahari, rombongan pengantin lelaki dan juga saya telah bertolak dari hotel penginapan ke dewan berkenaan. Ketibaan rombongan pengantin lelaki telah disambut dengan paluan kompang. Memang meriah majlis perkahwinan ini. Rombongan pengantin lelaki telah diberi sambutan dan layanan yang istimewa.
Ustaz Kalam merupakan seorang Penolong Pengarah di Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di Putrajaya. Cikgu Bazliah pula merupakan seorang kaunselor di salah sebuah sekolah di Kajang, Selangor. Ustaz Kalam telah memulakan kerjayanya pada Julai tahun lalu. Saya amat bersyukur kerana Ustaz Kalam merupakan penolong pengarah cacat penglihatan pertama yang bertugas dengan JAKIM.
Sebenarnya, Ustaz Kalam telah hilang penglihatannya dalam satu kemalangan jalanraya di Beserah, Kuantan ketika berusia 21 tahun. Ketika itu, beliau baru sahaja selesai menduduki kertas terakhir dalam peperiksaan akhir di Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA), Terengganu. Menurut ibunya, selepas kejadian kemalangan tersebut, Ustaz Kalam telah mengalami keadaan trauma untuk tempoh yang agak panjang. Beliau ketika itu tidak boleh menerima hakikat bahawa penglihatannya telah hilang. Beliau begitu sensitive dan begitu mudah terasa. Kata ibunya lagi, kalau jiran sebelah buka radio agak kuat pun ia sudah cukup mengganggu Ustaz kalam dan jika ia berpanjangan ia pasti mendapat respon spontan yang tidak diingini dari Ustaz Kalam. Selain itu, tatkala mengimbas peristiwa kemalangan dan kehilangan penglihatan Ustaz Kalam, saya dapat merasakan betapa sukar dan peritnya bagi kedua ibu bapa Ustaz Kalam untuk menerima kenyataan bahawa penglihatan anak keduanya itu sudah tidak seperti dahulu lagi. Ustaz Kalam benar-benar sudah tidak dapat melihat lagi.
Dalam menghadapi keadaan tersebut, sikap sabar dan tabah keluarga Ustaz Kalam khususnya kedua ibu bapanya amat saya kagumi. Keluarganya tidak pernah merasa bosan dalam melayani dan menghadapi karenah Ustaz Kalam. Usaha berterusa turut dilakukan untuk mengubati mata Ustaz Kalam. Bahkan sehingga kini pun usaha sedemikian masih diteruskan. Setakat ini, Tuhan masih belum mengizinkan penglihatannya untuk dipulihkan seperti sediakala.
Setelah lebih dari 2 tahun, akhirnya secara perlahan-lahan Ustaz Kalam mula dapat menerima hakikat bahawa penglihatannya telah tiada lagi. Beliau mula sedar beliau tidak seperti dahulu lagi. Berbekalkan sisa semangat yang masih ada serta sokongan dan dokongan kuat dari keluarganya akhirnya pada awal tahun 2001 dan dengan saranan daripada Hospital Mata Tun Hussein Onn di Petaling Jaya, Ustaz Kalam telah memasuki Pusat Latihan Gurney (GTC) di Persatuan Orang Buta Malaysia (MAB) untuk mempelajari Braille. Pada pertengahan tahun yang sama juga Ustaz Kalam telah Berjaya melanjutkan pengajiannya di Akademi Pengajian Islam di Universiti
Akhirnya, sekali lagi, saya sekeluarga mengucapkan selamat pengantin baru kepada Ustaz Kalam dan Cikgu Bazliah. Semoga keberkatan dan kebahagian sentiasa bersama anda berdua dunia dan akhirat.
2 comments:
Tahniah.........
Assalamu'alaikum, teman-teman sekalian.
Syabas dan tahniah! Semoga mereka akan terus berbahagia dunia dan akhirat. Walaupun saya tidak dapat hadir, namun saya tetap mendoakan agar mereka akan kekal berbahagia, terutamanya kepada Cikgu Bazliah, teman dan sahabat saya yang saya kenali sejak tahun 2002, juga di Universiti Malaya, melalui pertolongan sahabatnya, Puan Masitah. Akhir kata, sekadar peringatan: bersepakatlah dalam urusan kebaikan demi kebahagiaan kalian yang berpanjangan, dan cegahlah sebarang anasir mungkar yang bakal merosak lagi meruntuh kebahagiaan yang dibina, serta jadikanlah rumahtangga kalian "baiti jannati" hingga ke sana.
Terima kasih.
Post a Comment