Friday, March 27, 2009

Bicara Jumaat

HUJJAH AALAH TAALA DENGAN EMPAT GOLONGAN DI HARI KIAMAT

 

            Satu kejadian yang akan pasti berlaku dan tiada sesiapa pun yang dapat menafikannya ialah hari kebangkitan semula atau lebih dikenali sebagai hari kiamat.  Peristiwa ini merupakan antara 5 rahsia Allah yang tidak akan diketahui oleh makhluk-Nya walaupun secanggih mana teknologi yang mereka miliki.  Salah satu peristiwa yang akan berlaku semasa saat di hadapan Allah ialah beberapa golongan manusia akan cuba memberi alas an mengapa mereka tidak punya kesempatan untuk beribadat kepada Allah Taala.  Berikut ialah petikan peristiwa yang bakal terjadi itu.

 

Diterangkan bahawa Allah Taala telah berhujjah dengan empat golongan orang, untuk mengalahkan manusia (yang mempunyai pelbagai alas an) di hari kiamat.

 

1.  Allah berhujjah mengalahkan orang-orang kaya dengan Nabi Sulaiman bin Daud a.s.  adalah diriwayatkan bahawa Kata orang kaya: " Wahai Tuhanku, aku adalah orang kaya, maka kekayaanku menyibukkan aku, sampai meninggalkan ibadat kepada Engkau."

Maka Allah Taala berfirman:"kamu masih belum kaya daripada Nabi sulaiman, dan kekayaannya tidak menghalangnya beribadah kepadaku."

 

2.  Allah berhujjah mengalahkan para hamba dengan Nabi Yusuf a.s.  Adalah diriwayatkan bahawa Kata seorang hamba: "Wahai Tuhanku aku adalah hanya seorang hamba , dan keadaanku sebagai seorang hamba telah menghalang aku untuk beribadah kepada Engkau".  Maka Allah Taala telah berfirman:"Sesungguhnya Nabi Yusuf tidak terhalang oleh keadaannya selaku seorang hamba  untuk beribadah kepada-Ku."

 

3.  Allah berhujjah mengalahkan orang-orang  fakir  dengan Nabi Isa a.s.  Adalah diriwayatkan bahawa Kata orang fakir: "Wahai Tuhanku,  sesungguhnya  kesempitanku untuk hidup telah membuatkan aku terhalang untuk beribadah kepada Engkau."

Maka Allah Taala berfirman: "Kamu ataukah Nabi Isa yang lebih berkeinginan?  Dia tidak terhalang oleh kefakirannya untuk beribadah kepada-Ku."

 

4.  Allah berhujjah mengalahkan  orang-orang sakit dengan Nabi Ayyub a.s.

Kata orang yang sakit: "Wahai Tuhanku, penyakitku telah membuat aku terhalang untuk beribadah kepada Engkau."

Maka Allah Taala berfirman: " Penyakitmu yang lebih berat  ataukah penyakit Nabi Ayyub? Dan penyakitnya tidak menghalanginya untuk beribadah kepada-Ku.

 

      Kesimpulannya, maka tidak ada seorangpun yang mempunyai alasan di sisi Allah s.w.t di hari kiamat untuk melepaskan dirinya dari kecuaian dan kelekaan untuk beribadat kepada-Nya semasa hidup di dunia.

 

(Dipetik daripada kitab Tanbihul Ghofilin)

 

Salam dari Melaka.

 

 

1 comment:

Unknown said...

Assalamu'alaikum, saudara Blogger dan rakan-rakan sekalian.

Terima kasih sekali lagi di atas maklumat berfakta ini. Semoga kami yang membaca ini akan mampu mengambil i'tibar daripadanya.

Sememangnya, manusia suka berdalih. Kalau boleh, biar hidup itu semudah haiwan atau pokok, kononnya; tak perlu bekerja ... Namun begitu, bayangkan sahaja kuman sehalus itupun perlu menyelinap pada tubuh yang ingin disakiti, apatah lagi manusia seperti kita, yang telah dikurniai kemuliaan? Lebih-lebih lagi, mereka yang beriman. Berdasarkan petikan itu, fahamlah kita bahawa memang kita tiada alasan untuk memperlekeh, apatah lagi meninggalkan langsung ibadat kita kepada-Nya, kan? Oleh itu, bersamalah kita beringat, agar kita terus dibimbingi-Nya menjadi hamba abdi-Nya yang taat setia tidak berbelah bagi kepada-Nya. Marilah kita insafi, walaupun kita dikurangkan satu kesempurnaan zahir (menurut pandangan kebanyakan yang jahil), namun kita tetap dimuliakan menerusi pendekatan dan kurnia lain. Walaupun kesyukuran itu tak akan mampu membalas pemberian-Nya, namun setidak-tidaknya kita hormat dan sayang Dia yang juga begitu menyayangi kita.

Terima kasih.