Saturday, March 7, 2009

Ucapan Takziah

Takziah Kepada Keluarga Zubir Ali

 

            Semalam, 6 Mac 2009 (Jumaat), seniman terkenal, Saudara Zubir Ali telah kembali ke rahmatullah.  Selaku salah seorang yang meminati kreativiti dan sentuhan seninya, saya memang merasai kehilangan beliau.

 

            Di sini, saya ingin mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham.  Saya berdoa semoga roh beliau sentiasa berada dalam rahmat Allah hendaknya.

 

            Takziah dari saya dan keluarga buat keluarga Allahyarham Zubir Ali.

 

1 comment:

Muhammad Adam Lee said...

Assalamu'alaikum, teman-teman sekalian.

Al-maklum: tiap makhluq adalah fana. Begitulah setiap kali bila kita dimaklumkan akan pemergian sesiapa pun, pasti akan terasa di benak kita, bilakah pula giliran kita, kan? Ya, memang benar, pemergian seniman agung seperti beliau (saudara Zubir Ali), suatu kehilangan kepada umat, negara dan bangsa. Walaupun tidak begitu mengenali beliau, namun saya sempat juga mendengar beberapa lagu alunan beliau yang memang merdu. Cuma, saya tidak begitu berkesempatan mendengar karya-karya beliau yang puitis lagi mendidik jiwa. Namun begitu, saya sempat membaca ulasan mengenai beliau menerusi HarakahDaily pada hari beliau meninggalkan kita. Ketika itu, saya rasa begitu terharu lantaran ketidaksempatan saya menjejaki sumbangan besar beliau sebegitu di kala kita sedang diuliti pelbagai ragam "music contemporary" terkini yang ... ... Entahlah, macam nak tercabut telinga pun ada, meluat menyampah pun ada ...!

Pada kesempatan ini juga, saya turut ingin mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham, serta mendoakan agar Allahyarham menjadi antara hamba-hamba-Nya yang diterima lagi dialu-alukan kepulangannya sebagai seorang soleh. Justeru, marilah kita bersama menapis kandungan bahan-bahan kesenian yang didendangkan kepada kita agar kita tidak mudah dialpakan serta sebagai langkah ke arah mujahadah terhadap nafsu serta kuncu-kuncu kejahilan.