Jadilah Jiran Yang Baik
Saya berjiran dengan seorang jiran. Namanya pun jiran, jadi rumahnya tidaklah berapa jauh jaraknya daripada rumah saya. Saya kenal jiran ini melalui suaranya sahaja. Bertegur sapa memang tak pernah walaupun setelah lebih lima tahun kami berjiran. Beberapa ketika dahulu, isteri saya cuba juga berkomunikasi dengan sang isteri jiran saya ini, tetapi melihatkan impak yang tidak kena, jadi hubungan yang baru nak berputik terus lebur menjadi debu.
Foto rumah jiran saya yang ini memang ada dalam simpanan saya. Tak sampai hati pulak saya paparkan dalam tulisan kali ini, takut-takut nombor rumahnya terpampang sekali. Nanti seisi alam tahu. Yang malu, kami setaman juga. Rasanya sang jiran yang seorang ini tak mungkin rasa malu, kerana saya rasa dia memang tak punya malu.
Sang jiran saya ini ada anak lelaki yang sudah dewasa. Satu hobi anak lelakinya ialah suka pasang muzik sekuat volume. Dia tak peduli, orang nak tidur ke, nak apa ke, yang dia tahu menyanyi sekuat lagu yang dipasangnya. Mungkin tak ada siapa yang sudi nak beritahu yang suaranya tak ubah macam bunyi stim roll sedang baiki jalan raya. Hari ini, bunyi muzik yang bagai kawah gunung berapi pecah tu dah tak kedengaran lagi. Saya pun tak pasti entah ke mana anak lelakinya sudah melingkup.
Satu fenomena sang jiran yang ini ialah gemar bergaduh, terutamanya pada waktu tengah malam. Pernah beberapa kali saya terjaga dari tidur, bila dengar jam (guna talking clock) baru pukul dua pagi. Saya terjaga gara-gara sang jiran suami isteri berkelahi macam waktu siang. Itulah, lain kali kalau nak berkelahi waktu malam, tinjau-tinjaulah jam dahulu.
Walau bagaimanapun, sejak sang jiran yang ini ubah suai rumahnya macam penjara, yang mana bahagian hadapannya tidak lagi bertingkap, hanya ada pintu untuk mereka keluar masuk, maka kurang sedikit bunyi gaduh mereka terkeluar dari rumah. Tapi, kalau bunyi terlalu kuat, terkeluar juga bunyinya sayup-sayup.
Yang istimewanya, bila mereka suami isteri bergaduh, mereka bergaduh dalam bahasa orang putih. Isi pergaduhan dipenuhi dengan caci maki dan carut marut. Apa, dia ingat si buta sebelah ni tak faham bahasa orang putih ke? Nasib baiklah Luqman masih belum fasih berbahasa orang putih lagi.
Acapkali juga, bila sang suami balik rumah, tak kiralah siang atau malam, kalau malam tak kira pukul berapa pun, dia akan panggil anak bininya sekuat suaranya. Kadang-kadang, tengah diulit mimpi pun boleh terjaga dibuatnya. Selagi tak ada respon dari anak atau bininya, selagi itulah tak berhenti dia memekik. Kalau ada lastik, sudah lama mukanya itu saya lastik.
Sekali peristiwa, dua orang tukang rumah sedang membuat kerja di rumah saya. Tiba-tiba sang suami jiran saya pulang dan terus memekik memanggil anak bininya. Terkejut juga tukang rumah yang sedang buat kerja di rumah saya.
Satu lagi tabiatnya, kalau dia pulang dan tak memekik, dia akan bunyikan hon kenderaannya sekuatnya dan panjang-panjang. Tak kiralah siang atau malam. Selagi tak ada respon, selagi itulah hon kenderaannya terus dibunyikan.
Menurut seorang jiran lain yang sudah lama tinggal di sini, begitulah perangai sang jirang yang seorang ini. Bukan orang lain tak mahu tegur, tapi nak memandang mukanya pun menyampah. Nasib baiklah saya tak perlu tengok mukanya.
Sengaja saya paparkan kisah sang jiran saya yang seorang ini supaya kita semua yang masih waras boleh mengambil iktibar daripada tabiatnya. Mana-mana yang baik, kita jadikan teladan, mana-mana yang buruk kita jadikan sempadan.
UCAPAN PENGHARGAAN.
1 week ago
3 comments:
B,jiran ngan org kapir mmg begitu. teringin nak tengok muka dia. mesti anak beranak muka cam tapir! i pun ada jiran gak, slalu b,leter dan marah anak tak kira waktu. b,leter tak kira anak tu ada kat tandas, bilik tido, ruang tamu dan dapur. kul 4 pagi pun masih lagi b,leter sambil nangis2. aku tak kisah pun. dpt anak yg tak masuk ajar, kepala batu, keturunan si Tanggang ni mmg susah. buang karan je ckp byk2. bila main bola, habis kete aku calar dan berbekas! aku tetap tak kisah... pintu besi kat dinding umah utk paip air tanggal diorang kerjakan... aku tetap tak kisah... walaupun geram tetap pasrah kerana itulah adat hidup b,jiran. jaga kerukunan semangat persaudaraan, eratkan ukhuwwah, kurang berbalah dan implikasinya seorang daripadanya mesti mengalah! itu blom campur lagi jiran lain yg bela anjing dan jiran belakang umah yg tak sudah-sudah buat pengubahsuaian. rumah sekangkang kera ni kalo diubahsuai mcm mana pun takkan jadi banglo!
Assalamu'alaikum, saudara Blogger dan rakan-rakan pengunjung sekalian.
Dahsyat! Memang jiran sebegitu tak layak ditemani. Mujur, Islam tidak pernah meminta kita membalas perbuatan jiran; kalau tidak, makin jadi gaduh dibuatnya, kan?
Memang benar, hidup berjiran perlu saling hormat-menghormati antara satu sama lain tanpa mengira siapa. Justeru, bersamalah kita mengambil pengajaran daripada kisah sebegini agar kita, terutamanya sebagai warga OKU, akan dipandang tinggi serta dihormati sebagai jiran yang baik. Kegagalan kita menghormati hak jiran bukan sekadar memalukan, malah menjatuhkan maruah agama dan bangsa. Kalau Rasulullah S.A.W., insan pilihan, boleh bergurau mesra dengan jiran tetangga Baginda yang bukan Islam, kita pula, bagaimana? Bersamalah kita renung-renungkan.
Terima kasih.
tiap2 hari check blog ni. tak sabar nak tunggu apa isu selepas ni. mesti pemilik blog ni keboringan sbb asyik aku je rajin beri komen. harapkan org lain... hurmmmm....
Post a Comment