Sunday, March 28, 2010

Ahmad Shaha Terlantar Di Ipoh

Sebentar tadi, sekitar jam 9.54 malam, saya menerima SMS daripada Saudara Ahmad Shaha. Antara lain, beliau memaklumkan bahawa ketika ini beliau sedang terlantar di Hospital Pakar Ipoh akibat serangan stroke sejak 20 Mac lalu.

Sejurus saya membaca isi kandungan SMS beliau, saya terus menghubunginya dan dapat bercakap dengan beliau untuk beberapa ketika. Daripada suaranya, saya merasakan beliau berada dalam keadaan yang agak lemah. Pertuturannya juga sedikit kurang jelas. Namun begitu, beliau kedengarannya gembira walaupun perbualan kami singkat.

Kepada rakan-rakan yang mengenali Shaha, marilah kita sekurang-kurangnya memberikan sokongan moral kepada beliau. Jika sesiapa ada kesempatan, bolehlah ziarahi beliau di Hospital Pakar Ipoh. Setidak-tidaknya kita boleh menghantar SMS dengan doa atau kata-kata perangsang buat Saudara Ahmad Shaha.

Saudara Ahmad Shaha boleh dihubungi melalui talian 012-5327244. Marilah sama-sama kita doakan semoga Saudara Ahmad Shaha akan cepat sembuh dan dapat hidup seperti sediakala sebagaimana sebelumnya.

1 comment:

Unknown said...

Assalamu'alaikum, sahabat Blogger dan rakan-rakan sekalian.

Alhamdulillah! Tahniah! Teruskan keprihatinan saudara. Terus-terang tanpa bersuluh saya katakan, sukar mencari rakan seprihatinan saudara. Semoga langkah saudara ini dicatat para malaikat sebagai catatan terbaik yang mampu dibawa sebagai bahan pelindung di mahkamah Maha Agung nanti, insha Allah.

Ya, saya juga ingin berkongsi maklumat yang saya turut mendapat SMS serupa. Cuma ketika ini, saya belum berkesempatan menghubunginya. Akhirnya, bersamalah kita mendoakan kesejahteraan beliau serta lekas sembuh seperti sediakala.

Terima kasih.