Sunday, August 12, 2012

Berita Petang

Isteri Abang Yaman Tenat

Sejak pagi tadi, saya mula menerima berita bahawa Kak Normah, isteri Abang Yaman kini tenat di Hospital Selayang. Berita berkenaan disahkan lagi bilamana saya menerima panggilan telefon daripada Saudara Md Rapi petang tadi. Beliau juga turut memaklumkan berita yang sama. Menurut Rapi lagi, beliau sudah beberapa kali menziarahi Kak Normah di Hospital Selayang.

Abang Yaman merupakan bekas pemandu di SMPK Setapak. Beliau telah pun bersara pada buan April tahun lepas. Saya memang kenal dengan Kak Normah. Lagipun Abang Yaman dan keluarganya memang lama tinggal di rumah pekerja di dalam kawasan sekolah.

Kepada sesiapa yang mengenali Abang Yaman atau Kak Normah dan jika ada kelapangan, marilah samasama kita menziarahi mereka. Kalau tidak berkesempatan pun, marilah kita sama-sama mendoakan agar Kak Normah segera sembuh. Memanglah beliau sedang tenat sekarang, tetapi kuasa Allah tiada siapa yang dapat menduganya.

Sebagai usaha untuk meringankan apa yang sedang ditanggung oleh Abang Yaman dan keluarganya, mungkin Cikgu Ahmad Zaini dan Cikgu Fekkeri boleh merancang untuk berbuat sesuatu.

Kepada Abang Yaman dan keluarga, bersabarlah menerima dugaan Tuhan ini.

No comments: