Pagi tadi, tatkala hendak solat subuh, saya telah charge hand phone
saya. Walau bagaimanapun, setelah masa yang sepatutnya batrinya penuh
dan bila saya hendak menggunakannya semula, sekonyong-konyong saya
dapati perisian suaranya (talks) tidak berfungsi lagi. Puas saya cuba
berbagai cara, namun handphone saya tetap "bisu". Saya pun cabut
batrinya dan setelah beberapa ketika saya pasang semula. Namun
handphone saya tetap membisu tanpa suara.
Bila perisian suara (Talks) handphone saya tidak berfungsi lagi, ini
bermakna saya tidak boleh lagi membaca atau menghantar message. Saya
tidak boleh lagi mengakses pelbagai maklumat yang saya simpan dalam
handphone saya, termasuklah pelbagai catatan dan nota berkaitan
pengajaran untuk murid-murid saya yang banyak disimpan dalam memory
card handphone saya. Di samping itu, banyak catatan mengenai PERTIS
turut tersimpan dalam handphone. Catatan peribadi juga banyak
tersimpan di dalamnya. Selain itu, banyak nombor telefon, alamat
email dan laman web yang belum berkesempatan saya salin semula.
Setakat saat perisian tersebut membisu, ada 608 contact number dalam
handphone saya. Selain itu, saya tidak dapat lagi mengetahui siapa
pemanggil sebagaimana yang terpapar pada skrin. Saya hanya boleh
membuat panggilan secara manual, itupun sekadar nombor yang saya dapat
ingat sahaja kerana saya tidak dapat lagi akses kepada contact
sebagaimana biasa. Semuanya sudah tidak boleh lagi. Saya sudah
kembali "buta" semula. Kebetulan pula, saya berada di Melaka lagi.
Jadi rakan dan kawan yang boleh menolong berada jauh di KL. Termenung
juga saya dibuatnya.
Saya pun menghubungi seorang bekas anak murid yang kebetulan bekerja
sebagai penjual handphone. Setelah beliau mendengar maklumat daripada
saya, beliau berpendapat perisian Talks pada handphone saya sudah
corrupt. Katanya lagi, kemungkinan besar handphone saya harus
diformat semula. Lagi termenung saya dibuatnya. Kemudiannya saya pun
menghubungi pula seorang rakan baik yang tinggal di Putrajaya. Beliau
berpendapat, ada kemungkinan handphone saya tidak perlu diformat
semula. Walau bagaimanapun, beliau bersetuju untuk menolong saya
asalkan saya sanggup ke Putrajaya. Kebetulan juga, saya memang
merancang untuk pulang semula ke KL hari ini juga.
Jam 11.30 saya sudah di Putrajaya dan terus menemui rakan baik saya
itu. Akhirnya, perisian Talks dapat diinstall semula ke handphone
saya dengan selamat tanpa perlu diformat semula. Saya lega. Tuhan
belum lagi menganugerahkan saya nikmat penglihatan dalam erti kata
yang sebenar. Yang dianugerahkan kepada saya selama ini Cuma nikmat
gantiannya sahaja (melalui perisian Talks). Itu pun bila perisian
Talks corrupt untuk sementara waktu, saya sudah merasai satu
kehilangan yang besar.
Kepada Saudara Amat Onggak, saya ucapkan "jazakallahu khairan
kathiran" dan berbanyak-banyak terima kasih. Ini bukanlah kali
pertama beliau menolong saya dalam berbagai hal.
Maha suci Allah yang berkuasa mencelikkan para hamba-Nya walaupun
bukan dengan deria mata.
1 comment:
Assalamu'alaikum, saudara dan rakan-rakan sekalian.
Tahniah kerana saudara telah dikembalikan penglihatan maya (menerusi perisian Talks). Ya, pengalaman ini kelihatan lucu. Namun begitu, ini adalah fakta pengalaman sebenar kita sebagai hamba-Nya di dunia nan fana ini. Benarlah, dunia ini sementara lagi memperdayakan. Maksud saya, adakalanya apabila kita telah beroleh sesuatu nikmat/kelebihan, kita mungkin boleh jadi terlupa akan hakikat diri kita yang sebenar. Tapi, kalau sekadar itu, rasanya tidaklah bermasalah sangat, yang bimbangnya lupa itu sampai kita menjadi orang yang sebaliknya, dengan melakukan kemungkaran dan kerosakan. Saya turut ingin mengucapkan syabas kepada Saudara Amat di atas pengetahuan dan ilmunya berkenaan perisian ini. Semoga beliau turut beroleh balasan sewajarnya lantaran telah mencelikkan semula penglihatan yang telah lenyap itu. Maha Suci Allah yang mencipta makhluq-Nya dengan pelbagai variasi.
Terima kasih.
Post a Comment