Sunday, March 16, 2014

Selamat Menerima Menantu Kepada Tuan Haji Sabri



Siang tadi, berlangsung majlis perkahwinan anak kepada Tuan Haji Sabri. Majlis berlangsung di dewan kafetaria, Kompleks MAB, Brickfields, Kuala Lumpur.

(pasangan mempelai)


Saya telah tiba ke lokasi majlis agak lewat sedikit, iaitu sekitar jam 3.15 petang. Namun demikian, pada penglihatan (maaf salah istilah) pada pendengaran saya, tetamu masih ramai dan seakan tiada putusnya.

Juruacara untuk majlis ini pula ialah Abang Amin (Mohd Amin Md Noor). Kalau Abang Amin yang mengacarakan majlis, memang bertambahlah kemeriahannya. Itulah antara keistimewaan Abang Amin.

Kepada mempelai, selamat pengantin baru diucapkan. Semoga jodoh akan berpanjangan hingga ke syurga, insha-Allah. Kepada Tuan Haji Sabri pula, selamat menerima menantu. Khabarnya ini menantu yang pertama. Kalau ada rezeki, tahun hadapan menimang cucu pula.

Di bawah ini saya kongsikan beberapa foto majlis berkenaan.


(Yang ini pun pengantin baru juga tetapi beberapa bulan yang lalu)


(Yang ini pula bapa pengantin lelaki)





No comments: