Friday, April 17, 2009

Bicara Jumaat

15 Maksiat Yang Menurunkan Bala

 

            Daripada Ali bin Abi Talib (Karramallaha wajhah), Rasulullah S.A.W. pernah bersabda, mafhumnya:

 

            "Apabila umatku telah membuat 15 perkara (maksiat), maka bala pasti turun kepada mereka, iaitu:

1.  Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu sahaja;

2.  Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan;

3.  Zakat dijadikan hutang;

4.  Suami memperturutkan sahaja kehendak isteri;

5.  Anak derhaka terhadap ibunya;

6.  Sedangkan ia berbaik-baik pula dengan rakan taulannya;

7.  Ia (anak) tadi suka menjauhkan diri daripada ayahnya;

8.  Suara sudah ditinggikan dalam masjid;

9.  Yang menjadi ketua atau pemimpin bagi satu-satu kaum ialah orang yang hina di antara mereka;

10.  Seseorang dimuliakan kerana takut akan kejahatannya;

11.  Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat;

12.  Kain sutera banyak dipakai oleh orang lelaki;

13.  Para artis disanjung-sanjung;

14.  Muzik banyak dimainkan;

15.  Generasi terkemudian gemar melaknat (menyalahkan) generasi terdahulu dan para sahabat.

 

            Maka pada ketika itu mereka hanya menanti angin merah atau gempa bumi, ataupun mereka akan diubah menjadi makhluk lain".

 

            Dunia pada hari ini telah membuat segala apa yang telah disabdakan oleh Rasulullah S.A.W.  Cuma mereka belum lagi sampai ke peringkat yang akhirnya.

 

(Dipetik daripada buku Hadith Akhir Zaman).

 

            Hari ini, apabila berlaku sesuatu musibah seperti ribut taufan, gempa bumi atau sebagainya, kita sering kali melihatnya dari sudut faktor-faktor alamiyah semata-mata.  Kita sering alpa bahawa antara faktor-faktor lain yang menyebabkan berlakunya musibah alam mungkin berpunca salah satu daripada 15 perkara (maksiat) seperti di atas.  Oleh itu, suka saya mengingatkan pada diri sendiri serta kepada sekalian yang mengunjung blog ini supaya kita mengambil teladan daripada mafhum hadith seperti di atas.

 

No comments: