Friday, September 11, 2009

Bicara Jumaat

JANGAN BERCITA-CIITA MENJADI TERKENAL KERANA AKIBATNYA ADALAH
KESUSAHAN, KESEDIHAN DAN KEGELISAHAN.

Di antara perkara-perkara yang mengotori jernihnya jiwa, yang
mengganggu keteguhan dan ketenangannya adalah bercita-cita agar
dikenali dan mendapat simpati orang lain.
سُوۡرَةُ القَصَص

تِلۡكَ ٱلدَّارُ ٱلۡأَخِرَةُ نَجۡعَلُهَا لِلَّذِينَ لَا يُرِيدُونَ
عُلُوًّ۬ا فِى ٱلۡأَرۡضِ وَلَا فَسَادً۬ا‌ۚ وَٱلۡعَـٰقِبَةُ
لِلۡمُتَّقِينَ (٨٣)
…..(Kebahagiaan negeri akhirat itu Kami berikan kepada) orang-orang
yang tidak menyombongkan diri dan tidak berbuat kerosakan (maksiat) di
muka bumi…..(Al-Qashash :83)
Oleh sebab itu, salah seorang penyair mengatakan yang sebaliknya:
Barang siapa yang tidak ingin dirinya dikenali
Bererti dia telah mnghidupkan jiwanya
Dan membahagiakannya.
Dia tidak melewati harinya
Dalam keadaan lapar dan gelisah.
Sesungguhnya angin
Ketika bertiup dengan kencangnya
Yang dihentam hanyalah bahagian pucuk sahaja.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
"Barangsiapa beramal kerana riak (ingin amalannya dilihat manusia),
Allahpun akan memperlihatkan amalnya kepada manusia (dan hanya itulah
balasannya), Barangsiapa beramal kerana sum'ah (ingin amalannya
didengar manusia), Allahpun akan memperdengarkan amalnya kepada
manusia (dan hanya itu balasannya) – Al-Hadith

Firman Allah:

سُوۡرَةُ الاٴنفَال

وَلَا تَكُونُواْ كَٱلَّذِينَ خَرَجُواْ مِن دِيَـٰرِهِم بَطَرً۬ا
وَرِئَآءَ ٱلنَّاسِ وَيَصُدُّونَ عَن سَبِيلِ ٱللَّهِ‌ۚ وَٱللَّهُ بِمَا
يَعۡمَلُونَ مُحِيطٌ۬ (٤٧)


"Dan janganlah kamu (orang-orang beriman) berperilaku seperti
orang-orang (kafir) yang keluar dari kampung halaman mereka dengan
rasa angkuh dan bersikap riak kepada manusia……
(Al-Anfal:47)


Seorang penyair mengatakan:
Pakaian riak itu tipis
Dan hanya menutupi yang ada di bawahnya.
Jika kamu berpakaian dengannya sama saja kamu telanjang.

Yang lebih agung dari syair di atas adalah frman Allah SWT:
سُوۡرَةُ النّحل

مَنۡ عَمِلَ صَـٰلِحً۬ا مِّن ذَڪَرٍ أَوۡ أُنثَىٰ وَهُوَ مُؤۡمِنٌ۬
فَلَنُحۡيِيَنَّهُ ۥ حَيَوٰةً۬ طَيِّبَةً۬‌ۖ وَلَنَجۡزِيَنَّهُمۡ
أَجۡرَهُم بِأَحۡسَنِ مَا ڪَانُواْ يَعۡمَلُونَ (٩٧)

"Barangsiapa yang mengerjakan amal soleh, baik lelaki mahupun
perempuan, sedang dia beriman, maka sesungguhnya Kami berikan
kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya Kami berikan balasan
kepada mereka dengan pahala yang lebih baik daripada apa yang mereka
kerjakan. (An-Nahl:97)
Ayat di atas menjelaskan dua syarat untuk mencapai kehidupan yang baik
iaitu "beriman kepada Allah dan beramal soleh"

No comments: