Allah Maha Besar;
Allah Maha Besar;
Segala puji hanya bagi Allah.
Bersempena dengan kehadiran Syawal yang penuh berkat ini, saya, ister
serta anak tunggal kami (Luqman) dengan penuh tulus ikhlas ingin
mengucapkan selamat aidil fitri kepada seluruh kaum keluarga kami
serta kepada seluruh sanak saudara jauh dan dekat dan tidak lupa
kepada sekalian muslimin dan muslimat di mana sahaja berada. Ucapan
ini juga saya tujukan khas kepada pengikut, pengunjung dan juga
pembaca blog ini. Terima kasih tidak terhingga di atas dokongan dan
sokongan anda kepada blog ini. Marilah sama-sama kita raikan hari
yang penuh berkat dan mulia ini dengan penuh kesyukuran.
Sanak saudara berkunjung datang,
Penuh gembira meriah suasana,
Takbir raya sayup berkumandang;
Tanda kita bersyukur kepada-Nya.
Orang dagang dalam kesepian,
Teringatkan desa jauh di sana,
Ketupat rendang kami hidangkan;
Silakan semua jamah dan rasa.
Orang Daik pulang ke Daik,
Berkayuh sampan hilir ke muara,
Di hari baik di bulan yang baik;
Bermaaf-maafan sesama kita.
Istana besar duli yang dipertuan,
Duduk semayam di singgahsana,
Saya sekadar tolong ingatkan;
Puasa yang enam janganlah lupa.
Salam dari Kuantan.
1 comment:
Assalamu'alaikum, sahabat Blogger dan rakan-rakan pengunjung sekalian.
Rasanya, belum terlewat lagi untuk saya mengucapkan selamat 'Aidil Fitri, maaf zahir dan batin kepada saudara sekeluarga. Jutaan ampun dan maaf juga saya minta kiranya terdapat ulasan yang tidak menyenangkan sepanjang penghantaran ulasan (comment) ke blog in. Namun begitu, saya secara peribadi mengkagumi keterbukaan saudara dalam menerima ulasan; itulah yang kini payah ditemui bahkan di kalangan masyarakat OKU penglihatan kita sendiri. Semoga Ramadhan yang telah berlalu dengan begitu pantas ini mampu meningkatkan ketaqwaan kita kepada-Nya selaras tuntutan matlamat puasa itu sendiri agar kita benar-benar kembali kepada fitrah. Akhirnya, saya turut ingin mengucapkan ucapan sama kepada rakan-rakan pengunjung sekalian, juga kepada sekalian saudara seaqidah kita jauh dan dekat. Sesungguhnya, perpaduan berdasarkan iman adalah lebih abadi daripada dasar selainnya.
Terima kasih.
Post a Comment