Permainan Bola Sepak Dalam Kalangan Golongan Cacat Penglihatan
Dalam salah satu ulasannya dalam tulisan saya, Saudara Sedingin Salju ada mencadangkan supaya saya menulis pula mengenai permainan bola sepak dalam kalangan golongan cacat penglihatan. Tertarik dengan cadangan beliau, saya pun mula mencari dan mengumpul maklumat, mengingat semula pengalaman silam dan menyelongkar semula catatan lama. Setelah maklumat yang diperlukan dirasakan mencukupi, maka saya pun mulalah menulis sedikit demi sedikit dan terhasillah sebuah tulisan yang tak seberapa ini mengenai permainan bola sepak dalam kalangan golongan cacat penglihatan di negara kita sebagaimana di bawah ini.
Satu lagi permainan yang sangat popular suatu ketika dahulu dalam kalangan golongan cacat penglihatan ialah permainan bola sepak. Saya sendiri masih dapat merasakan betapa meriah dan seronoknya bila bermain bola sepak terutamanya pada dekad 70-an dan 80-an lalu. Sesuai dengan permainan tersebut yang menjadi sukan nombor satu di peringkat dunia dan negara, ia turut mendapat tempat dan amat diminati oleh golongan cacat penglihatan di negara kita. Mereka bukan sekadar berminat untuk mengikuti perkembangannya, bahkan amat berminat untuk memainkannya.
Dari sudut sejarahnya, setakat ini tiada kepastian mengenai bila, bagaimana dan di mana permainan bola sepak untuk golongan cacat penglihatan telah bermula. Namun begitu, seorang rakan lama ada memberitahu, seingat beliau semenjak dekad 60-an lagi permainan tersebut telah pun di mainkan di Sekolah Princess Elizabeth (PES).
Kebetulan pula pada waktu itu juga pertandingan bola sepak seperti Piala Malaysia, Pesta Bola Merdeka, kelayakan Olimpik, Sukan Asia dan sebagainya sering disiarkan secara langsung terutamanya menerusi saluran radio. Jadi ia sudah tentu menambah lagi kehangatan dan minat saya dan kami semua terhadap permainan tersebut. Jika ada siaran langsung perlawanan bola sepak menerusi radio, maka si pemilik radio akan jadi tumpuan dan buruan. Oleh kerana siaran radio Singapura juga boleh didengar di PES, maka ia tambah menyemarakkan lagi "demam bola sepak" dalam kalangan murid-murid PES. Ini kerana siaran langsung bola sepak juga turut boleh diikuti melalui radio Singapura. Justeru, tidak menghairankan bilamana bukan sahaja pemain-pemain bola sepak seperti Syed Ahmad, Dali Omar, Ghani Minhad, Kadir Buyong, Mokhtar Dahari dan lain-lain lagi yang sememangnya popular, tetapi para pengulas radio yang sering terlibat dengan siaran secara langsung juga turut terkenal seperti Amran Hamid, Karim Muhammad, Hussein Ibrahim, Jamaluddin Alias dan lain-lainnya. Bahkan para pengulas bola dari seberang tambak turut menjadi terkenal dalam kalangan murid-murid PES seperti Rashid Sulaiman dan Ibrahim Jamil.
Untuk memainkan permainan bola sepak bukanlah sukar sangat.
Seingat saya, hingga dekad 70-an pun bola yang boleh menghasilkan bunyi masih belum diperkenalkan lagi. Oleh kerana keinginan bermain bola sepak terlalu kuat, akhirnya murid-murid PES telah menggunakan bekas clorox yang sudah kosong dan diisi dengan batu-batu kecil dengan jumlah yang sesuai kemudian ditutup semula. Bahan itulah yang dijadikan sebagai bola dan digunakan dalam permainan bola sepak sesama kami. Tujuan batu-batu kecil diisi ke dalam bekas clorox tersebut ialah untuk menghasilkan bunyi semata-mata. Berdasarkan bunyi yang dihasilkan oleh batu-batu kecil itulah kami semua dapat mengesan kedudukan "bola" yang disepak. Kedengarannya agak aneh, tetapi itulah yang telah digunakan. Alah bisa tegal biasa. Mula-mula sakit juga kaki dibuatnya, maklumlah main dengan berkaki ayam sahaja dan yang disepak bukannya bola betul tetapi bekas clorox, tetapi setelah beberapa ketika ia sudah menjadi perkara biasa.
Antara sebab utama bermain dengan kaki ayam ialah mudah untuk mengesan kedudukan pemain itu sendiri di atas padang dengan lebih mudah dan cepat berdasarkan apa yang boleh dirasa dengan kaki di atas permukaan padang, seperti kawasan kurang rumput, kawasan rumput lebih tebal, kawasan tidak berumput langsung, garisan gol dan sebagainya. Walaupun itu sahaja petunjuk yang ada tetapi ia amat berguna dan bermakna. Antara maklumat yang boleh diperoleh daripada petunjuk seperti di atas ialah umpamanya kawasan kurang rumput menunjukkan pemain itu mungkin berada hampir dengan garis tepi
Bagaimana pula seseorang pemain itu boleh mengesan kedudukan pemain lain? Ia akan berdasarkan kepada bunyi, seperti bunyi pergerakan (terutamanya pergerakan kaki) pemain lain. Adakalanya seseorang pemain boleh bertanya: "Siapa ni?" dan pertanyaan itu hendaklah dijawab secara jujur.
Satu peristiwa yang masih segar dalam ingatan saya ialah di mana dalam satu permainan bola sepak di SMPK Setapak sekitar tahun 1982, salah seorang rakan telah tersasar ketika mengejar bola. Akibatnya beliau telah terjatuh ke dalam longkang yang tidak begitu dalam. Beliau telah dibawa ke hospital dan telah menerima 10 jahitan. Namun begitu, ia tidak sedikit pun membuatkan kami semua merasa patah semangat untuk bermain lagi.
Dari segi jumlah pemain untuk sepasukan pula, ia tidak menentu. Asalkan cukup bilangan yang diperlukan, permainan boleh dimulakan. Justeru, kadangkala jumlah pemain boleh mempunyai 5 orang sepasukan. Begitulah seterusnya.
Secara umumnya,
Pada awal dekad 80-an, jenis "bola" yang digunakan mula ditukar. Bekas clorox tidak lagi digunakan. Sebaliknya bola biasa telah digunakan pula. Bezanya, bola tersebut akan dibalut pula dengan sejenis beg plastik yang lebih dikenali dalam kalangan kami sebagai plastik bising. Balutannya pula tidak boleh ketat, sebaliknya ia mesti dibalut secara longgar supaya bunyi plastik itu terhasil bila bola berkenaan disepak. Khabarnya bola jenis ini telah diperkenalkan oleh rakan-rakan dari utara khasnya dari St. Nicholas pada awal dekad 80-an lagi.
Jika dibandingkan dengan bekas clorox, bola jenis ini lebih laju dan lebih mencabar untuk dikawal. Tidak seperti "bola" bekas clorox yang mana ia tidak menghasilkan lantunan atau lambungan, tetapi bola jenis ini boleh melantun atau melambung. Ini juga merupakan satu lagi cabaran baru dalam permainan bola sepak dalam kalangan golongan cacat penglihatan ketika itu.
Oleh kerana permainan ini dimainkan oleh mereka yang tidak berpenglihatan, maka bunyi bising dari luar
Bagi saya, satu kelemahan amat ketara permainan ini ialah di mana ia tidak mempunyai peraturan bertulis sejak awal hingga ke hari ini. Peraturan yang digunakan tatkala permainan ini dimainkan hanya berdasarkan peraturan bola sepak biasa yang diubas suai mengikut pemahaman para pemain cacat penglihatan itu sendiri.
Di PES, lokasi utama permainan ini dimainkan ialah di atas
Pada dekad 90-an lalu, sekumpulan mereka yang cacat penglihatan pernah
Di Sarawak, permainan bola sepak turut mendapat sambutan hangat daripada golongan cacat penglihatan di
Pada tahun 1998 lalu, sebuah persatuan bola sepak untuk golongan cacat penglihatan telah ditubuhkan dan didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS). Persatuan tersebut dikenali sebagai Persatuan Bola Sepak Orang Cacat Penglihatan Lembah kelang (PBOCPLK). Saya sendiri terlibat dalam merangka perlembagaan PBOCPLK. Walau bagaimanapun, oleh kerana beberapa sebab, saya tidak pernah terlibat dalam pentadbiran persatuan tersebut. Beberapa tahun selepas itu, saya mendapat khabar PBOCPLK telah berkubur.
Pada tahun 2001, beberapa orang jurulatih bola sepak berpenglihatan dari
Walaupun permainan ini sangat popular suatu ketika dahulu, namun ia tidak pernah mendapat perhatian yang sewajarnya daripada pihak-pihak tertentu sama ada daripada Kementerian Pelajaran sendiri mahupun daripada kementerian yang berkaitan dengan sukan. Permainan ini tidak pernah tersenarai dalam mana-mana temasya sukan yang berkaitan dengan golongan cacat penglihatan di pelbagai peringkat. Usaha-usaha juga tidak pernah dilakukan untuk menghasilkan peraturan bertulis mengenai permainan ini oleh mana-mana pihak. Ketiadaan tempat yang sesuai untuk memainkan permainan ini hanya mempercepatkan lagi pupusnya permainan tersebut. Oleh itu, saya berpendapat sudah sampai masanya pihak-pihak berkenaan memberi perhatian semula kepada permainan ini. Jika di Eropah ia boleh dimainkan, mengapa tidak di sini? Jika permainan goal-ball yang baru 20 tahun diperkenalkan di negara kita telah mendapat perhatian, sokongan dan dorongan yang begitu baik daripada pihak-pihak tertentu, mengapa hal yang serupa tidak boleh diberi kepada permainan bola sepak?
1 comment:
Encik, usaha mempopularkan permainan bolasepak ini harus dimulakan oleh blind dahulu. Kalau kita sendiri yang tak start nak promote, siapa lagi encik? Apabila kita dah bersungguh-sungguh promote, barulah orang akan campurtangan. masalahnya sekarang, kita lebih suka mengharap encik.
Encik, nanti, popularkan pula apa itu gollball. Ini orang celik kena dikasi tau.
Post a Comment