Selamat Berjaya
Pada hari ini, khabarnya sesi temu duga untuk kumpulan perintis golongan cacat penglihatan yang akan memulakan pengajian di Darul Quran akan berlangsung. Khabarnya juga, sesi temu duga berkenaan akan berlangsung di dua lokasi berbeza, iaitu di Perlis bagi zon utara dan juga di
Sesungguhnya ini merupakan peluang keemasan bagi golongan cacat penglihatan untuk membuktikan kemampuan dan kebolehan mereka dalam bidang yang mungkin boleh dianggap baru daripada satu sudut. Saya secara peribadi penuh yakin sebahagian besar daripada calon yang bakal menghadiri sesi temu duga hari ini akan mampu untuk melepasi sesi tersebut. Hal ini saya dasarkan kepada minat, keazaman dan juga kemampuan kebanyakan calon khasnya dalam aspek yang berkaitan dengan Alquran.
Akhirnya, saya berdoa dan ucapkan selamat berjaya kepada semua calon yang bakal menghadiri sesi temu duga hari ini. Sama ada disedari atau tidak, sebenarnya banyak mata akan tertumpu khasnya kepada para calon yang menghadiri temu duga hari ini. Kejayaan atau kegagalan merebut peluang yang ditawarkan akan sepenuhnya terletak di atas bahu anda sekalian. Kalian sebenarnya adalah penentu hidup dan mati peluang ini seterusnya.
Selamat berjaya!
Salam dari JB.
2 comments:
SEMOGA BERJAYA
Selamat bertemu lagi, rakan-rakan sekalian. Sesungguhnya, kehadiran kumpulan pertama (perintis) program pendidikan Al-Quran bersama Darul-Quran mencerminkan keprihatinan PERTIS dan golongan ulama dalam memartabatkan kemajuan dan "survival" OKU penglihatan, terutamanya dari sudut keagamaan. Sebagaimana doa saudara, saya secara peribadi turut berdoa agar kumpulan ini akan cemerlang, dik komitmen dan rasa tanggungjawab setelah memperoleh peluang keemasan ini.
Selain itu, ia turut boleh diraikan sebagai suatu "penghijrahan" OKU penglihatan daripada kegelapan masa hadapan kepada kecerahan, apatah lagi terdapat ayat Al-Quran yang mengisahkan komitmen seorang sahabat Nabi SAW dalam hal mencari ilmu dan kebenaran. Oleh itu, sebagaimana saudara telah berpesan kepada mereka, saya turut ingin memperingatkan rakan-rakan kita ini, kumpulan perintis ini adalah semacam "kereta yang hendak memulakan perjalanan". Walaupun minyak diisi penuh, tetapi kalau enjin tak boleh "start", bagaimana? Gunakanlah peluang ini sebaiknya demi faedah bersama dan jangan dipersiakan. Juga, Al-Quran merupakan hadiah yang paling mahal lagi eksklusif Allah beri kepada kita, umat Muhammad ini, yang pasti terjamin kesuciannya. Justeru, ia bersifat "hidup"; ia akan mendekatkan dirinya kepada mereka yang suci lagi ingin menyucikan dirinya sentiasa.
Terima kasih, dan renung-renungkanlah.
Ya, selamat berjaya kepada semua.
Post a Comment