Terima Kasih Kepada Semua
Hari ini, genaplah seminggu saya di alam cyber selaku blogger. Walau pun baru beberapa hari, namun sokongan, dorongan, galakan serta kritikan membina mengenai blog ini semakin kerap saya terima daripada pelbagai pihak.
Mudah-mudahan dengan sokongan, dorongan serta kritikan membina itu, saya akan dapat memperbiki lagi kandungan dan persembahan blog ini demi kebaikan kita bersama.
Di sini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan sokongan dan kritikan membina yang sangat menggalakkan. Ucapan penghargaan dan terima kasih khusus saya tujukan kepada En. Ahmad Bustamam dari Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran
Saya juga tidak lupa untuk mengucapkan terima kasih kepada pendorong dan penyokong lain seperti Saudara Sedingin Salju, En. Muhammad Adam Lee, Tuan Haji Muhammad Lee serta En. Arifin Ghazali (pensyarah dari UPSI). Selain itu, saya juga tidak lupa mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada para pembaca sepi blog ini.
Terima kasih kepada semua.
4 comments:
Ha, tak apa. makin banyak oku penglihatan berblog, maka akan terbukaqlah hati dan mata masyarakat untuk melihat betapa hebatnya golongan kita ini. Jadi, teruskan usaha.
Salam bahagia.
Sebagaimana yang kita maklum, sifat Allah Yang Maha Pemurah yang rahmat-Nya sentiasa mencucuri alam ini, memungkinkan segalanya berlaku dengan izin-Nya, meskipun ada ketikannya ia kelihatan bercanggah dengan tuntutan tabi'i (nature). Dalam hal ini, apa yang saudara lakukan ini merupakan sebahagian daripada sumbangan dan curahan ilmu serta pengalaman daripada seorang yang memang berjiwa penyayang, terutamanya kepada rakan-rakan senasib. Memang, kalau diperhatikan suasana tempatan kita hari ini, rasanya curahan idea menerusi aplikasi Internet sepert inilah nampaknya yang, insya Allah, akan mampu memberi semacam tarikan dan tekanan kepada semua pihak agar arif dalam tanggungjawab masing-masing sebagai khalifah-Nya di bumi-Nya ini. Elok rasanya kita bergiat aktif dari sekarang secara begini, atau apa jua cara halal lagi diizinkan-Nya agar kita bersama setidak-tidaknya menyedarkan mereka yang masih diulit mimpi indah di singgahsana purnama yang tak bernama dik kerakusan dan haloba yang tak akan berkesudahan, melainkan qiamat kecil atau besar.
Tahniah, saudara. Semoga segala yang dicurahkan ini akan turut dibaca oleh golongan-golongan berkenaan yang terlibat dengan OKU penglihatan ini secara langsung atau tidak langsung. Marilah kita bersama membanteras pelbagai kemungkaran dan eksploitasi golongan berkepentingan lagi fasiq yang hanya tahu cari nama + wang, bukan cari pahala, berkat, rahmat dan keampunan. Suasana Pendidikan Khas sudah memerlukan semacam "suntikan berapi" yang baru demi kegemilangan generasi pewaris kita akan datang selaras kemajuan yang kita begitu teringin untuk merebutnya. Kalau di barat, terkenal dengan segala macam kemungkaran, sanggup memperuntukkan sebahagian besar khazanah mereka kepada OKU, kita ni, bagaimana, dan mengapa? Jangan hanya tahu mengaku kita bangsa agung, walhal sebenarnya, "jauh panggang dari api ..."
Terima kasih.
Dalam keadaan sekarang, medum blog adalah yang paling baik dan canggih sekali. Teruskan menulis.
Assalamualaikum:
Blog tuan telah saya linkkan dari blog saya sebagai promosi blog untuk orang buta.
http://www.bprihatin.blogspot.com
Makin ramai OKU berblog, boleh kita anjur program sekali sekala.
Salam jihad.
Post a Comment