Monday, October 12, 2009

Bicara Basri

Bantulah Basri

Pagi tadi, saya menerima SMS daripada Cikgu Mohamad Rizal tan,
seorang rakan sejawat dan satu sekolah yang mana isi SMS tersebut
ialah nombor akaun untuk membantu Basri. Terima kasih saya ucapkan
kepada Cikgu Mohamad Rizal Tan!

Waktu ini, sementara menanti penerbangan saya ke Langkawi nanti jam
12 tengah hari, saya sempat menghubungi Basri. Beliau memaklumkan
kepada saya ketika ini beliau terpaksa menggunakan bantuan kerusi roda
untuk bergerak. Ini kerana kakinya tidak dapat memijak yang sekaligus
menyukarkannya untuk bergerak. Kata Basri lagi, setakat ini, beliau
mendapat bantuan kerusi roda secara pinjaman daripada pihak Pusat
Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Terima kasih PPUM! Kasihan
Basri, sudahlah cacat penglihatan, kini ttrpaksa bergerak dengan
menggunakan kerusi roda pula. Kata Basri lagi, satu lagi pembedahan
akan dilakukan ke atasnya untuk menggantikan kulit pada kakinya. Kata
Basri lagi, beliau akan terus berada di PPUM sekurang-kurangnya
sehingga hujung bulan ini.

Apa yang agak mendukacitakan saya ialah, anaknya kadangkala harus
mengorbankan waktu persekolahannya demi untuk membantu Basri. Ini
sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Sepatutnya, anaknya pada ketika
ini harus berada di sekolah di sepanjang waktu persekolahan dan
memberi perhatian kepada pelajarannya. Hujung tahun ini anaknya akan
menduduki peperiksan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).
Demikianlah Basri mengharungi hari-harinya kini.

Apa yang sedang menimpa ke atas Basri sepatutnya dijadikan teladan
oleh semua pihak. Kini mungkin Basri lebih memahami erti
persahabatan. Basri juga tentunya lebih memahami mengerti siapa rakan
ketawa dan siapa pula rakan menangis.

Kepada pihak-pihak yang berkaitan, hentikanlah mengeksploitasi bakat
orang buta. Usaha perlu dilakukan dengan sesegera mungkin untuk
memastikan agar bakat muzik yang ada pada golongan cacat penglihatan
tidak sia-sia dan tidak dipersiakan. .... Cukuplah!!!

Kepada yang sudi menyumbang, sila masukkan wang sumbangan anda ke
akaun BSN atas nama isterinya Jamilah Mat, di nombor
14110-29-82069389-4 . Saya bagi pihak Basri dan keluarganya
mengucapkan jutaan terima kasih di atas setiap sumbangan yang anda
hulurkan. Hanya Allah sahaja yang akan memberi balasan yang
sebaiknya.

Salam dari LCCT.

1 comment:

Unknown said...

Assalamu'alaikum, saudara Blogger dan rakan-rakan sekalian.

Terima kasih sekali lagi, saudara! Terima kasih! Inilah namanya memanfaatkan ICT untuk ummah! Teruskan dan jangan berundur dalam memperjuangkan hak dan kebenaran sebegini. Saya dengan ini akan cuba menyumbang sedaya upaya saya. Hanya apa yang saya boleh katakan, inilah dunia sekular. Bila boleh jana untung dan nama, kita dijulang ditatang penuh melangit ... Tapi, bila kesepian, kesempitan, kesusahan, kemurungan ..., juga yang se"fardhu" dengannya, kitalah yang tanggung sendiri. Justeru, marilah kita bersama membantunya; setidak-tidaknya jika memang tiada lagi mereka yang mewah kaya-raya tu sudi, kita masih ada di sisinya. Kepada rakan-rakan lain, suka saya mengingatkan diri saya, terutamanya, apa yang ada pada kita, hatta nyawa, milik-Nya belaka; bila-bila masa boleh ditarik tanpa kita rela dik alpa.

Terima kasih.