Wednesday, October 21, 2009

Bicara Umum

Mudah-mudahan Mendapat Haji Mabrur

Setakat hari ini, 7 penerbangan yang membawa para jemaah haji
Malaysia telah dan akan berlepas ke tanah suci untuk menunaikan rukun
Islam kelima. Pada tahun ini, sekitar 26 ribu orang jemaah haji dari
Malaysia akan ke tanah suci bagi tujuan tersebut. Mereka akan
bergabung dengan jutaan umat Islam di tanah suci untuk melaksanakan
apa yang telah diperintahkan Allah.

Dalam kalangan kerabat saya, setakat yang saya maklum, tiada yang ke
tanah suci untuk mengerjakan haji pada tahun ini. Saya juga tidak
mendapat perkhabaran ada dalam kalangan ahli-ahli Persatuan
Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS) yang akan ke
tanah suci untuk mengerjakan haji. Walau bagaimanapun, dalam kalangan
rakan dan sahabat, ada beberapa orang yang telah sampai masa mereka
untuk mengerjakan haji pada tahun ini.

Kepada para muslimin dan muslimat yang telah dan yang akan berangkat
ke tanah suci untuk mengerjakan haji tahun ini(1430 Hijrah), saya
ucapkan selamat berangkat ke tanah suci. Mudah-mudahan semuanya akan
beroleh haji yang mabrur, insha Allah.

No comments: