"Terima kasih, trima kasih, terima kasih".
Demikianlah ungkapan yang keluar dari mulut Basri ketika saya
menghubungi beliau semalam. Menurutnya lagi, sudah ada beberapa orang
rakan yang menziarahi beliau. Antaranya termasuklah Jamal, Adam,
Zahari Hashim dan isteri dan beberapa orang lagi. Basri turut
mengucapkan terima kasih kerana saya telah memuatkan kisahnya dalam
blog ini. Sedikit sebanyak ia telah memberi kesan, demikian kata
Basri kepada saya.
Dari nada suaranya, saya dapat rasakan beliau sudah lebih ceria jika
dibandingkan tatkala saya menelefonnya untuk pertama kali beberapa
hari yang lalu. Saya sendiri belum berkesempatan untuk menziarahi
beliau. Namun begitu, rancangan sudah diatur, hanya menanti saat
sahaja.
Di sini, saya juga ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada
sahabat dan rakan yang telah sudi menziarahi Basri yang kini masih
terlantar di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Ucapan terima
kasih juga saya tujukan kepada sahabat, rakan dan pihak-pihak lain
yang sudi menghulurkan bantuan dalam apa jua bentuk sekali pun. Saya
turut menerima khabar gembira, ada pihak yang sedang mengumpulkan wang
untuk diserahkan kepada beliau sedikit masa lagi. Setidak-tidaknya,
ia dapat mengurangkan sedikit bebanan yang sedang ditanggung oleh
Basri dan keluarganya.
Setakat ini, Basri sendiri masih tidak pasti bila beliau akan
dibenarkan keluar hospital. Rawatan masih berjalan seperti biasa.
Hari ini kita menggembirakan orang lain, insha-Allah bila tiba
waktunya Allah pula akan menceriakan kita dengan cara yang kita
sendiri tidak sangka dan tidak jangka.
1 comment:
Assalamu'alaikum, sahabat Blogger dan rakan-rakan sekalian.
Alhamdulillah! Sekali lagi, tahniah, saudara dan semua yang bersama bersimpati kepada sahabat kita ini. Semoga kita semua akan diberkati, dirahmati lagi diampuni-Nya. Teramat kecil sebenarnya sumbangan, dukungan dan sokongan yang mampu kita berikan kepada insan sebegini berbanding apa yang kita nikmati selama ini, lebih-lebih lagi, hidayah Islam dan iman. Tanpa keduanya, tentu hidup kita sebagai khalifah-Nya di bumi ini langsung sia-sia, kan? Oleh itu, teruskan perjuangan; jika ada lagi kisah sebegini, jangan gentar untuk dimuatkan. Insha Allah, kami, para pengunjung, akan cuba sedaya upaya mengambil manfaat daripada artikel saudara, dunia dan akhirat, sekaligus benar-benar memanfaatkan ICT ke arah kebaikan dan kebenaran.
Terima kasih.
Post a Comment