Thursday, January 28, 2010

Bicara Berita

Rakan-rakan Yang Ditimpa Musibah

(kemas kini jam 3.45 petang)

Adalah dimaklumkan bahawa En. Ahmad Shaha berada di tingkat 7, katil 6B, HUKM. Manakala Cikgu Mohamed Ismail pula di tingkat 6, wad 6, katil 16 Pusat Perubatan Universiti Malaya.

(Berikut adalah teks asal tulisan ini).

Pagi tadi, setibanya di sekolah, Cikgu Fekkeri memberitahu saya bahawa En. Ahmad Shaha bin Mohd Hanafiah telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) semalam. Katanya lagi, beliau diserang stroke ketika sedang bertugas di pejabat.

Sekitar jam 11.30 pagi juga, saya mendapat panggilan telefon daripada ibu pejabat PERTIS dan memaklumkan bahawa Cikgu Mohamed bin Ismail yang juga merupakan Yang Dipertua PERTIS juga telah dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Setakat yang saya telah maklum, keadaan kesihatan Cikgu Mohamae kembali tidak memuaskan sejak beberapa hari lalu. Kali terakhir saya berhubung dengan beliau ialah pada hari Isnin lalu untuk memaklumkan kepada beliau perkembangan terkini mengenai PERTIS.

Setakat ini, saya masih lagi belum terima butiran lanjut mengenai kedua-dua sahabat kita itu, termasuk di wad mana mereka ditempatkan. Insha-Allah, jika ada yang terkini, saya akan berkongsi dengan para pengunjung blog ini.

Walau bagaimanapun, marilah sama-sama kita memohon ke hadhrat Allah semoga kedua-dua sahabat kita itu akan pulih kesihatannya seperti sedia kala.

1 comment:

Unknown said...

Assalamu'alaikum, saudara Blogger dan rakan-rakan pengunjung sekalian.

Sesungguhnya, kita datang daripada Allah dan kita pasti akan kembali kepada-Nya. Terima kasih di atas keprihatinan saudara menyiarkan kisah-kisah benar sebegini. Teruskan! Semoga Allah memberkati segala daya usaha saudara nan murni ini.

Setakat pengetahuan saya pagi tadi, Saudara Ahmad Shaha ditempatkan di Tingkat 7 HUKM sejak semalam. Berita ini adalah daripada beliau sendiri yang mengirim sms ringkas, tak sampai pun 100 huruf yang saya terima lebih kurang jam 4 pagi tadi. Kemudian, daripada Saudara Ahmad bin Awang pula, Saudara Shaha berada di Wad Kecemasan. Saya kini sedang menunggu panggilan telefonnya yang merancang melawat Saudara Shaha di HUKM bersama Saudara Abdul Hamid. Justeru, kiranya ada perkembangan lanjut, saya akan maklumkan kepada saudara menerusi apa juga bentuk komunikasi, insha Allah.

Di sini juga, saya turut ingin mendoakan agar Cikgu Mad (Presiden PERTIS) juga sembuh serta dapat bertugas semula seperti biasa. Bersamalah kita berkongsi lagi kisah sebegini agar kita bersama peroleh pengajaran dan iktibar akan resam hidup dunia yang pelbagai ini.

Terima kasih.