Iktibar Daripada Kematian
Setiap makhluk Allah pasti akan melalui satu detik peristiwa yang dinamakan kematian. Walau bagaimanapun, tarikh/saat sebenar bila kematian itu akan kita lalui tidaklah diketahui kerana ia merupakan antara rahsia yang dirahsiakan oleh Allah daripada pengetahuan makhluk-Nya. Namun begitu, kemestian terhadap detik tersebut memang tidak tersangkal lagi. Sama ada kita suka atau tidak, sama ada kita sudah bersedia atau belum, atau semasa kita sedang lalai atau tatkala beringat, detik tersebut pasti akan datang menemui kita pada saat yang telah ditentukan-Nya.
Kematian juga akan datang menemui kita tanpa mengira siapa kita. Sama ada kita orang besar atau kecil, raja atau rakyat, orang beriman atau fasiq, ulamak atau juhalak, orang biasa atau luar biasa, golongan berkuasa atau tanpa kuasa, bila tiba masanya kita pasti akan ditemuinya. Bila tiba ketikanya, kita akan ke dalam tanah juga akhirnya.
Kematian juga akan datang kepada kita tanpa mengira apa yang sedang kita lakukan. Maka itulah ada yang mati tatkala sedang berehat. Ada yang mati selepas makan. Ada yang mati ketika sedang menyanyi. Ada yang mati dalam kapal terbang. Ada yang mati kemalangan. Ada yang mati ketika sedang solat. Ada yang mati dalam masjid. Bahkan ada juga yang mati di sarang maksiat dan di di meja arak dan judi. “Barang dijauhkan Allah daripada kita semua hendaknya”.
Ada kalanya manusia penuh dengan elemen pelik dan mengajaibkan.
Walaupun kematian itu berlaku pada setiap hari, saat dan waktu, namun masih ramai yang gagal mengambil iktibar daripadanya. Mereka tahu suatu hari nanti mereka akan ke dalam tanah juga. Namun begitu ia gagal menginsafkan golongan tersebut. Perbuatan maksiat, keji, derhaka kepada Allah, tinggalkan solat, hina-menghina,tidak amanah, menipu, memfitnah, pijak-memijak, dan sebagainya tetap berlaku dan secara berleluasa pula. Yang lebih pelik lagi, bila berlaku kematian dalam kalangan keluarga sendiri atau dalam kalangan sahabat handai yang akrab, ada golongan yang akan bersedih, tapi Cuma untuk sementara sahaja. Setelah berlalu beberapa ketika, bukan sahaja kesedihan itu hilang, bahkan mereka akan mengulangi semula perbuatan yang tidak baik itu. Seolah-olahnya kematian itu hanya untuk orang lain sahaja dan mereka yang berkenaan akan hidup selama-lamanya.
Sebagai makhluk yang lemah dan tidak berdaya, eloklah kita sama-sama sentiasa mengingati mati. Ingat kepada kematian tidak bermakna kita akan mundur. Sebaliknya jika kita mengingati mati dengan kaedah yang betul dan dengan penuh keinsafan, saya yakin kita akan beroleh kecemerlangan hidup di dunia dan juga di akhirat. Dengan mengingati mati, kita akan terhindar daripada sifat-sifat keji dan mazmumah seperti sombong, takabur, khianat, ujub, riak, hubbud-dunia, penyalahgunaan kuasa, tidak amanah, dan sebagainya. Mengingati mati bukan bermakna menolak kemajuan.
Sementara kita masih diberi peluang berada di dunia yang fana ini, marilah kita menanam sebanyak-banyaknya benih yang baik supaya kita dapat mengutip hasil yang baik ketika di akhirat nanti. Sesungguhnya kematian adalah suatu kepastian.
UCAPAN PENGHARGAAN.
1 week ago
2 comments:
erm...saya suke blog baca blog awak..
salam ziarah!
jom singgah blog saya (:
http://mysweetchocolate83@blogspot.com
tQ
Assalamu'alaikum dan salam bahagia, saudara Blogger dan rakan-rakan pengunjung sekalian.
Terima kasih di atas tadzkirah itu. Begitulah sepatutnya kita manfaatkan setiap nikmat kurniaan-Nya termasuk penggunaan ICT ke arah mendalami ilmu agar kita akan jadi insan bertuah seperti yang saudara sebutkan. Memang, mengingati kematian secara benar pasti memberi motivasi. Tapi, memang benar, apa yang berlaku, sebaliknya pula. Justeru, perlu rasanya kita tanyakan diri: "Sejauh manakah aku faham dan arif akan wujudnya aku di sini?" "Mengapa aku suka benar menjerumuskan diri kepada kebinasaan sedangkan aku tahu, sedikit sebanyak, akibat buruknya?" "Tidak bergunakah mata hati ini, hinggakan aku acap kali membuatkan ia derita lantaran layan kehendak nafsu syahwat gila lagi ganas?"
Oleh itu, sewajarnya apa yang saudara katakan ini, kita renung bersama, kerana ia berlaku setiap saat dan detik lantaran sifat alam ini sebagai "makhluq" (yang dicipta). Akhirnya, selitkanlah lagi nasihat sebegini; semoga sekurang-kurangnya kita, para pengunjung, beroleh resepi penyihat rohani yang sekaligus akan menyihatkan pula jasmani, dengan rahmat dan izin-Nya.
Terima kasih.
Post a Comment