Thursday, January 28, 2010

Bicara Shaha

Shaha Semakin Pulih

Sekitar jam 11.35 tadi, saya menerima berita menerusi SMS daripada Sdr Muhammad Adam Lee. Antara lain, kandungan SMS berkenaan berbunyi:


Salam. Alhamdulillah, Sdr Shaha hampir pulih sepenuhnya dpd minor stroke, dijangka keluar esok/lusa, waktu tak pasti.


Saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Saudara Adam Lee yang telah berkongsi berita suka ini.

Selaku rakan, saya turut gembira dengan berita ini. Harapan dan doa saya dan kita semua agar Shaha akan pulih sepenuhnya dalam masa terdekat. Saya berdoa semoga Shaha tidak ditimpa stroke kerana tak sanggup rasanya saya menyaksikan sepasang suami isteri ditimpa musibah yang serupa.

Saya juga ingin mengucapkan syabas kepada rakan-rakan yang telah berkesempatan menziarahi Shaha siang tadi. Saya sendiri tak pasti bila akan berkesempatan untuk menziarahi beliau.

1 comment:

Unknown said...

Assalamu'alaikum, saudara Blogger dan rakan-rakan pengunjung sekalian.

Alhamdulillah. Terima kasih juga di atas penghargaan saudara serta doa saudara terhadap rakan kita ini. Semoga Saudara Shaha suami isteri sembuh sepenuhnya serta tabah menempuh ujian getir ini, insha Allah.

Justeru, bersamalah kita memanfaatkan IT untuk tujuan berbakti secara penyebaran maklumat bermanfaat, benar lagi sahih, bukan sebaliknya. Teruskan, saudara. Juga, kiranya ada perkembangan terbaru mengenai YDP kita, sebarkanlah juga di sini untuk pengetahuan bersama. Akhirnya, semoga beliau turut sembuh dan mampu bertugas sepenuhnya demi menabur bakti.

Terima kasih.