Wednesday, June 8, 2011

Selamat Datang Ke Dunia Maya

Sewaktu menyemak email tadi, saya terjumpa satu email daripada SMPKSetapak Groups yang memaklumkan ada satu lagi blog baru. Apa yang lebih membanggakan saya ialah blog baru yang dimaksudkan ialah blog kendalian anak murid saya sendiri.

Tahniah diucapkan kepada Ahmad Danial bin Mohd Sani yang akhirnya telah berjaya mewujudkan blognya sendiri. Beliau merupakan murid tingkatan 4A. Dengan terhasilnya blog beliau, maka bertambah lagi bilangan blogger dalam kalangan mereka yang cacat penglihatan. Apa yang lebih membanggakan, blogger baru ini merupakan salah seorang murid dari SMPK Setapak. Murid-murid cacat penglihatan dari sekolah lain tidak mahu ikut sama ke?

Kemunculan blog kendalian Ahmad Danial ini juga menunjukkan kesedaran dan penggunaan ICT khususnya dalam kalangan murid-murid SMPK Setapak semakin meningkat. Selain itu, pada pemerhatian saya, penyaluran maklumat menerusi ICT khususnya dalam kalangan murid-murid SMPK Setapak juga kian bersemarak. Hal ini akan lebih jelas lagi bilamana kita sendiri yang melanggan (subscribe) SMPKsetapak groups. Setakat pemerhatian saya juga, sehingga kini, maklumat yang dikongsikan menerusi kumpulan SMPKsetapak Groups amat berguna, bermanfaat dan berkualiti. Alhamdulillah setakat ini, laman sesawang forum berkenaan telah digunakan denganbaik. Tiada maklumat berstatus sampah telah dimasukkan dalam laman sesawang berkenaan. Saya berani mengulas demikian kerana saya membaca setiap maklumat yang dikongsikan. Ia juga menunjukkan moderatornya telah berperanan dengan baik. Jadi, kepada mereka yang berminat untuk berkongsi sama maklumat yang dimaksudkan, silalah melanggan laman sesawang forum berkenaan. Untuk maklumat lebih lanjut, bolehlah tanyakan sendiri kepada Ahmad Danial menerusi ruang komentar dalam blognya.



Foto di atas ialah kumpulan moderator yang mengendalikan SMPKsetapak Groups. Ahmad Danial ialah orang yang duduk paling kiri sekali.

Untuk pengetahuan bersama dan berdasarkan pengalaman sendiri, untuk mewujudkan blog bukanlah susah sangat. Dalam masa kurang dari 5 minit kita sudah boleh ada blog sendiri. Tetapi yang lebih mencabar ialah bagaimana untuk mengekalkan blog yang kita wujudkan itu supaya sentiasa segar, berkualiti, bermaklumat, menarik dan canggih. Perkara seperti inilah yang sukar untuk dikekalkan oleh sebilangan kecil blogger cacat penglihatan sendiri. Sebab itulah juga ada blog yang sudah lebih setahun tidak dikemas kini.

Kepada pengunjung sekalian yang sudi, sila layari http://www.ahmaddanial01.blogspot.com atau boleh klik (enter kepada pengguna pembaca skrin) sahaja pada nama ahmad danial yang tersenarai dalam laman sesawang kendalian blogger cacat penglihatan di hujung blog ini.

Sekali lagi, selamat datang ke dunia maya dan tahniah diucapkan kepada Ahmad Danial. Hiasilah blog anda dengan info dan tulisan yang berkualiti, barulah orang akan suka. Walaupun tak kenal pada tuannya, memadailah kalau sudah suka pada blog kendaliannya.

Walaupun Ahmad Danial yang punya blog, tetapi senyum Kaveinthran yang paling lebar. Harapkan senyum sajalah, tapi blog masih tak ada lagi!

Salam dari Kuantan.

2 comments:

H said...

assalammualaikum cikgu..
saya pun salah seorang blogger cacat penglihatan gak. saya asal dari Kota Kinabalu, Sabah. he he he, saya selalu lah dengar pasal cikgu, cuma tak pernah jumpa cikgu.. apa pun, sudi sudikan lah melawat blog saya pula ya cikgu? ini alamatnya: http://manofborneo106.blogspot.com

Amir Din said...

maaf ya cikgu, nak mintak izin ambik gambar dalam kiriiman ini.. halalkan ya, terima kasih!