Thursday, December 22, 2011

kandungan SMS Di Antara Saya Dan Saudara Ahmad Shaha bin Mohd Hanafiah

pada 18 Disember 2011 (Ahad) yang lalu, Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia (SBM) telah mengadakan Mesyuarat Agung Khas (EGM) bagi membincang serta meluluskan hal ehwal perbelanjannya bagi tahun 2012. Kalau tak silap saya, dalam agenda Hal-hal lain, perkara mengenai penjualan premis tertentu telah turut dibincangkan. Agenda inilah sebenarnya yang telah menghangatkan suasana mesyuarat tersebut. Demikianlah saya telah dikhabarkan.

Sebenarnya, bilamana saya mengetahui hal mengenai premis turut akan dibincangkan dalam mesyuarat tersebut, saya juga ada bercadang untuk menghadiri mesyuarat berkenaan. Namun demikian, oleh kerana saya telah pun mempunyai rancangan lain yang telah pun disusun atur sekitar sebulan setengah lebih awal, maka niat dan hasrat untuk menghadiri mesyuarat berkenaan terpaksa saya urungkan sahaja.

Berbalik kepada isu penjualan bangunan tadi, tidak salah rasanya jika saya katakan ia telah pun bermula sejak tahun 2000 lagi, iaitu dalam mesyuarat dwitahunan (BGM) SBM yang telah diadakan di Kuala Terengganu waktu itu. Secara ringkasnya, cadangan pembelian premis yang menjadi isu ketika itu ialah premis yang terletak di Taman Seri Setapak, Gombak. Saya berpandangan, lokasi premis yang hendak deibeli itu tidak strategik, tidak akan mendatangkan perolehan sebagaimana yang diharapkan serta lokasinya juga kurang mesra dengan ahli-ahli SBM sendiri yang cacat penglihatan. Yang nyatanya, pada hari ini, apabila pihak pengurusan tertinggi SBM sendiri yang mengajukan cadangan untuk menjual semula premis SBM terutamanya yang ada di Gombak, ia menunjukkan apa yang telah saya serta rakan-rakan yang sehaluan dengan saya ketika itu seperti Saudara Musa Sabri perkatakan pada tahun 2000 (sekitar 11 tahun yang lalu), adalah benar dan bukan sekadar teori semata-mata.

Rentetan itu, pada 21 Disember 2011 (Rabu) baru-baru ini, saya telah berkomunikasi secara SMS dengan Saudara Ahmad Shaha bin Mohd Hanafiah. Rata-rata perbincangan kami berdua adalah mengenai perkara penjualan premis sebagaimana yang telah dibincangkan dalam mesyuarat agung khas (EGM) SBM pada Ahad lalu.

Untuk maklumat bersama, Saudara Ahmad Shaha merupakan bekas juruaudit dalaman SBM dan beliau berpengalaman sebagai juruaudit dalaman SBM selama beberapa tahun. Sewaktu menjalankan tugasnya selaku juruaudit, beliau seorang yang terperinci dan tidak sekadar melepaskan batuk di tangga semata-mata.

Kandungan SMS di antara kami berdua telah saya susun secara kronologi masa. Dengan itu, diharapkan para pembaca dapat memahami perkara yang dibincangkan secara kronologi juga. Butiran SMS antara saya dan Saudara Ahmad Shaha tidak saya kurangi dan juga tidak saya tambahi walau satu huruf pun.

Maka dengan itu, di bawah ini, saya perturunkan kandungan lengkap SMS di antara saya dengan Saudara Ahmad Shaha.

(Nota: Komunikasi SMS antara saya dengan Saudara Ahmad Shaha bin Mohd Hanafiah telah bermula pada sekitar jam 1.27 pagi, 21 Disember 2011, Rabu. Ia telah berlangsung secara berselang masa).

Saya: Salam shaha. Saya nak tanya seikhlasnya, awak sokong atau tidak hak sbm jual bangunan tu?

(Nota: kalimah “hak” dalam SMS di atas telah tesalah eja, yang saya maksudkan ialah “hal”).

Shaha: Salam. Cikgu cuba baca ke-dua2 usul bertulis dpd MP. Cuba dapatkan salinan brail dari HQ. Kemudian cikgu komen dimana silapnya. Saya dah mengambil bahagian dalam perbahasan usul2 itu. Sy yakin ada yg tak kena dgn usul2 itu. Apa komen cikgu? Baca dulu. Kemudian komen. Kalau cikgu hadir pd egm hari ahad lalu lagi bagus. Kalau ada musa sabri, jaafar isa dan ramai lagi kawan2 kita lagi bagus. Tq.

Saya: Kalau tak untung mengapa harus disimpan lagi? Kalau nak ikutkan hal yg tak kena, masa pembelian bangunan di gombak dulu pun kaedahnya sudah tak kena. Sebab itu antara yg kuat menetang pembeliannya pd tahun 2000 dulu ialah saya dan musa sabri.

Shaha: Memang betul. Tapi jgn melibatkan bangunan2 yg lain. Itu yg sy tak setuju. Miskin sangatkah sbm? Sampai nak jual bangunan2 lain. Ingat! pinjaman bank byk syarat dan lambat byr dikenakan faedah/bunga yg tinggi. Byk risiko. Klu sbm tak cukup cash, kumpulkan atau tambahkan dn, kemudian beli bangunan baru. Jual saham yg tak cergas dan tak memberi pulangan lumayan. Kekalkan bangunan 40A, 42A dan bangunan 123A itu dijadikan tempat rekreasi dalaman dan buat apa habiskan wg utk sewa kat MAB. Mereka yg dpt nm. Fikirkan secara matang. Tk.

Shaha: Salam. Pd pendpt sy usul membeli bangunan ibu pejabat sbm tidak lengkap. Dia tidak menyatakan harga bangunan ibu pejabat sbm 40A, 42A, KL/SEl dan terbitan setiap saham amanah, berapa harga seunit setiap jenis saham amanah yg dilaburkan? Perkara ini patut dibahaskan pd mesyuarat AGM tahun depan sbb tak sesuai dgn ramai ahli yg tidak hadir pd EGM tahun ini. Begitu juga dgn usul membeli bangunan cawangan sbm sendiri. Tidak lengkap. Fikirkan baik buruknya dan kemudian dipertimbangkan dgn adil dan saksama. Fair & square. Perlembagaan sbm tak dibincangkan dgn bertambahnya jawatankuasa utama inikan pula nak beli bangunan sbm. Takkan semua aset nak dijual? Pd ms akn dtg, sbm akan mengalami kerugian yg besar. Jgn salahkan ahli2 sbm. Yg patut dipersalahkan ialah majlis presiden sbm. Ramai ahli tidak diberi peluang utk menyuarakan pendpt mereka melalui saluran AGM 2 tahun sekali. Sepatutnya dibincangkan tahun lepas.

Saya: Untuk jangka masa 10 tahun dan lebih, adalah tidak stratigik untuk terus bertahan di brickfields. Oleh itu lokasi lain yg lebih strategik perlu dicari. Lokasi bangunan yg ada di Gombak juga sudah lama tak strategik.

Shaha: Mn ahli2 sbm nak jumpa kalau di luar brickfields sedangkan gombak lagi banyak masalah mobiliti oku mcm kita.

Saya: Ingat! Kita tak boleh pertahankan brickfields hanya semata untuk oku buta bila pembangunan dtg. Atas sebab pembangunan, oku buta harus bersedia untuk tinggalkan brickfields bila tiba masanya ...

Shaha: Siapa bw mulut mem-buruk2kan nm sy? Siapa memfitnahkan sy? dan tikam sy dari belakang? Siapa dalang tokok tambah? Yg tak ada sy kt, di-ada2kan kpd nazari. Sy cukup marah. Mereka cuba nak me-laga2kan sy dgn nazari. Dia bercadang utk jumpa sy 1 hari nanti utk menjelaskan perkara2 sebenarnya. Tk.

Saya: Hal personal antara sdra dgn nazari saya tak tahu menahu. Saya hanya bincangkan hal sbm sahaja!

Shaha: Sy rasa itu hanya cadangan. Matlamat utama bangunan gombak. Bangunan yg lain sukar utk dijual dlm masa terdekat

Saya: Itu satu kemungkinan

Shaha: Matlamat utama nak jual bangunan di gombak. Sbm tak tertangan masalah yg ada. Sewa tak bayar 2 tahun. Dokumen sewaan tak lengkap. Semuatu berlaku masa mantan presiden dulu

Saya: Betul ke? Mana awak dpt majlumat ini?

Shaha: Cikgu yg sms sy tadi. Takkan tak ingat kot? Agm tahun 2000.

Saya: Maksud saya, fakta mengenai Matlamat utama nak jual bangunan di gombak sebab Sbm tak tertangan masalah yg ada. Sewa tak bayar 2 tahun. Dokumen sewaan tak lengkap. Semuatu berlaku masa mantan presiden dulu. Faktanya dpt dari mana? Ia tiada kena mengena dgn bgm tahun 2000. Itu fakta selepas bgm tahun 2000.

Shaha: Ada tahun2 yg sy audit fail sewa bangunan setapak. Sy pernah tanya pn jasmine, mengapa ada penyewa yg tak byr sewa? Alasan mereka belum cukup wang. Sbm simpati dan beri tempoh. Soalnya berapa lm tempoh byrn balik tunggakan sewa itu, sy tak tahu. Sy tak diberi peluang utk melihat fail perjanjian antara sbm pemilek bangunan setapak dgn penyewa2. Sy tak tahu menahu hal itu. Maafkan sy. Jgnlah pula sy dipersalahkan.

Shaha: Siapalah nak balas demdam kpd sy. Sy rs mcm ada musuh dlm selimut, gunting dlm lipatan dan api dlm sekam.

Saya: Maknanya ada yg tak telus antara sbm dgn penyewa premis di gombak. Ia tidak telus mungkin kerana berlaku conflict of interest antara pemilik dgn penyewa premis berkenaan.

Shaha: Maafkan sy. Sebagai juruaudit dlmn pd ms itu, sy tidak ada kuasa utk mengatasi kuasa majlis presiden. Sy terpaksa diamkan dan akur shj. Sejak nazari jadi presiden, kuasa penuh diambil alih oleh beliau. Juruaudit dlmn tiada suara lagi. Inventori diawasi oleh EXCO. Sy tiada apa2 jwtn dlm sbm kini. Tahun 2010 sy klh utk jwtn yg sm. Mungkin ada org tak suka dgn sy sebab sy suka melawan cakap mereka. Soalan2 sy cukup byk sy kemukakan sampai mereka jemu dgn cr sy bekerja di sbm hq pd ms itu.

(Nota: Mesej di atas dihantar oleh Shaha kepada saya tiga kali berturut-turut).

Shaha: Entahlah. Memang sy dpt salinan surat inventori di atas kertas dpd Exco pd ms tu. Sy tak dpt periksa secara langsung. Mereka suruh sy periksa akaun shj dan fail2 harta sbm. Itu shj.

Saya: Salam shaha. Saya bercadang untuk masukkan semua komunikasi sms kita dlm blog saya. Tujuannya untuk ditatap dan dinilai oleh ahli sbm yg sering berkunjung ke blog saya. Harap sdr tak keberatan. Tq.

Shaha: Ok. Tapi kena ber-hati2. Ada yg cuba sabotaj sy. Kena tapis dulu. Tq.

Shaha: Perjanjian jual beli bangunan bertulis utk sy periksa, sbm tidak benarkan sy melihat fail tersebut. Mereka tidak bekerjasama dgn sy. Sy terpaksa diam shj. Apa mereka nak buat, suka hati merekalah.

Saya: Jgn bimbang. Yg benar tetap benar. Bila kita yakin kita di pihak yg benar, kita jgn takut.

Shaha: Tak apelah. Kali ni terpulang kpd juruaudit dlmn sekrng utk periksa fail2 sewa beli bangunan sbm. Maafkan sy.

(Nota: komunikasi SMS antara kami berdua tamat pada sekitar jam 4.10 petang, 21 disember 2011 Rabu).

Kalau diteliti kandungan SMS dari Saudara Shaha, di dalamnya ada maklumat, ada fakta, ada luahan dan juga ada kekesalan. Terpulanglah kepada kita untuk membuat penilaian yang adil dan berpertimbangan.

Salam dari Jasin, Melaka.

1 comment:

Unknown said...

Assalamu'alaikum, Saudara Zakaria (Blogger) dan rakan-rakan pengunjung sekalian.
Terima kasih jutaan kali di atas kiriman butiran lengkap sms tersebut. Pada pandangan saya, sebagai ahli biasa SBM dan NGO lain, saya secara peribadi memahami dan menghargai Saudara Ahmad Shaha dalam kecemerlangan tugasannya, walaupun saya tentunya kurang terdedah dengan agenda mesyuarat sebelum 2010. Saya yakin beliau seorang yang amanah; justeru, pasti tidak akan disenangi, terutamanya golongan berkepentingan dalam kepimpinan SBM itu sendiri.

Berkenaan penjualan bangunan milik SBM di Taman Seri Setapak itu, saya amat mengalu-alukannya. Bukan kerana emosi, tetapi, melihatkan kepada kenyataan bahawa sememangnya bangunan itu telah disalahgunakan untuk tujuan peribadi. Kalau tidak, bagaimanakah boleh berleluasanya percetakan Al-Quran Braille versi cetak rompak itu? Malah, dalam hal ini, saya dukacita sekali dengan kenyataan bekas Bendahari yang dikatakan "bagi tempoh" kepada penyewa untuk menjelaskan sewaan itu. Logiknya, nak bagi tempoh sampai akhir hayatkah? Sedangkan penyewanya boleh jana untung banyak? Sudah tentu, dalam hal sebegini, bukanlah pangkat/kedudukan atau title jawatan yang menjadikan seseorang itu mulia, kan? Sekadar sedikit info: ketika saya bekerja selama 3 bulan tempoh percubaan itu, gajinya sekadar RM800,00 tanpa sebarang jaminan keselamatan/simpanan ... Sedangkan ketika saya di PERTIS dulu, gajinnya pun jauh lebih tinggi, sekitar 1,000 lebih. Dengan kadar gaji sebegitu sahaja, kos pengangkutan pergi balik pejabat pun dah separuh ...

Namun begitu, saya turut agak keberatan ketika ini untuk bersetuju kiranya Majlis Presiden turut ingin menjual dengan segera bangunan-bangunan di Brickfields yang sedia ada, melainkan jika memang terjamin ahli-ahli beroleh manfaat semaksima mungkin daripada Wisma SBM yang dikatakan akan diwujudkan ini, dan tempatnya pula, biarlah strategik; mudah untuk kita bertemu. Ditambah, pada bangunan no. 42* itu, terdapat ahli-ahli kita yang mnyewa dan tinggal di sana. Oleh itu, wajar sekali Majlis Presiden tidak sewenang-wenangnya meluluskan agenda kontroversi ini, melainkan dibuka terlebih dahulu untuk perbincangan umum para ahli dan ditimbang dahulu buruk baiknya.

Akhir kata, ini hanya secebis pendapat; yang baik itu, milik dan dijana-Nya belaka. Teruskan lagi berkarya untuk manfaat semua.

Terima kasih.