Basri Amat Bersyukur
Siang tadi, dua kali Basri dan isterinya, Kak Milah, menghubungi saya. Mereka ingin memaklumkan kepada saya bahawa Basri telah pun keluar hospital semalam (28 Disember). Bahkan berita yang paling menggembirakan mereka ialah apabila doktor memberitahu Basri yang kaki kirinya tidak perlu dipotong. Mereka begitu gembira sekali. Mereka sekeluarga turut melafazkan kesyukuran yang teramat sangat ke hadhrat Allah Yang Maha Kuasa. Basri memberitahu saya, walaupun demikian, buat masa ini beliau terpaksa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk membersihkan luka yang masih ada.
Menurut Basri lagi, sebagai tanda kesyukuran, beliau sekeluarga akan mengadakan kenduri kecil dalam masa terdekat. Saya memberitahu Basri, kalau kewangan tidak begitu mengizinkan, kenduri tidaklah perlu diadakan. Kata Basri, rezeki boleh diusahakan, tapi kalau kaki sudah hilang, tak akan ada ganti lagi. Dari kata-katanya itu, saya faham betapa beliau bersyukur sangat dengan berita bahawa kakinya tidak perlu dipotong.
Saya sempat juga berseloroh kecil dengan Basri. Saya katakan, “Kalau kaki awak kena potong, awak akan ada dua kecacatan, satu mata dan satu lagi kaki.” Kata Basri, “bukan dua, tapi tiga, sebab ibu jari kaki kanannya memang sudah dibuang.” Kami ketawa sama-sama. Demikianlah perasaan kegembiraan Basri dan keluarganya yang mereka mungkin ingin kongsikan dengan saya.
Sebenarnya, jauh dalam hati, saya masih memikirkan masa depan Basri. Beliau masih tidak mampu untuk keluar dan mencari rezeki sendiri. Isterinya pula masih mengidap sakit buah pinggang. Bakat besar dalam bidang muzik yang Basri miliki kini seakan tidak berguna langsung untuk jaminan hidupnya. Suaranya yang merdu hanya sekadar sebagai hiasan halua telinga semata-mata dan tidak lebih dari itu.
Sesungguhnya, apa yang sedang menimpa Basri merupakan satu iktibar besar kepada mereka yang ada otak!
lafaz takbir raya dan maknanya
4 months ago
1 comment:
Assalamu'alaikum, sahabat Blogger dan rakan-rakan sekalian.
Alhamdulillah! Allahu akbar! Inilah antara Pemurah dan Penyayang-Nya kepada para hamba-Nya. Bayangkan, kiranya kita berkeadaan sedemikian, bagaimana agaknya, ya? Sesungguhnya, ulasan terakhir saudara bersimbolkan "bagi mereka yang ada otak", sangat wajar. Mana tak? Ketika dia sihat dan ceria, boleh menghiburkan penonton dan pendengar keliling pentas atau maya, dia disanjung lagi dianggap "hero!!!". Tapi, ... Inilah lumrah dunia, sekaligus dunia sempit warga OKU penglihatan Malaysia, kan? Mungkin, tidaklah keterlaluan jika saya menyimpulkan punca fenomena sebegini, kerana, faktor pembangunan duniawi yang sama ada diimbang secara terpilih, atau tiada langsung, elemen ukhrawi. Sedih, namun, terpaksa kita akui.
Justeru, teruskan perjuangan sebegini. Semoga ia mampu menjana perubahan positif. Akhir kata, maaf iranya ulasan ini begitu terlewat.
Terima kasih.
Post a Comment