Malam kian melabuhkan tirainya. Tatkala ini, otak dan badan saya memang keletihan. Maklumlah seharian tadi menyiapkan tugasan yang telah diamanahkan. Bukan semua guru akan bercuti tatkala murid-murid bercuti. Pada waktu ini, saya adalah di antaranya.
Sebelum saya menarik gebar (kain selimut), saya ingin berkongsi satu SMS yang telah saya terima dari seorang rakan. sebenarnya SMS ini telah pun saya terima kira-kira 2 minggu lalu. Namun begitu, saya hanya memeramnya sahaja dalam telefon bimbit saya. Sebentar tadi, tatkala menyemak-nyemak SMS yang masih terperam, saya bertemu dengan SMS rakan saya itu. Berikut adalah antara isi SMS beliau:
Salam. Kepada semua yang bergelr muslim, hari ini pakar meteorologi bahagian bunyi dr Rusia mendapati ssuatu bunyi ganjil seperti ngauman raksasa dari bawah mantel bumi. Menurut para ulama' kemungkinan besar itu merupakan dajal yang brusaha untuk naik ke muka bumi. Oleh itu, kita dsuruh tidak berhenti untuk azan n solat. sbrkn kpd 10 umat Islam .... amanat.
bila saya meneliti semula kandungan SMS tersebut, saya tertanya sendirian, ulamak mana yang telah mentafsirkan bahawa bunyi itu adalah bunyi daripada dajal? Mengapa ia meminta untuk disebarkan hanya kepada 10 umat Islam sahaja? Bukankah terlebih aula jika ia disebarkan kepada seluruh umat Islam?
Sesungguhnya hari kiamat adalah benar. Kehadiran dajal, yaajud dan maajud adalah benar. Matahari akan terbit dari barat dan terbenam di sebelah timur juga benar. Turunnya Nabi Allah Isa dengan membawa syariat Nabi Muhammad juga benar. Tiupan sangkakala juga adalah benar.
Tanpa mempedulikan kandungan SMS tadi, semua peristiwa yang tersenarai di atas serta peristiwa-peristiwa lain adalah benar. Ia akan berlaku tatkala dunia hampir ke saat kehancurannya yang dikenali dalam Alquran sebagai "qiamat".
Kita tidak perlu menanti dan membaca isi kandungan seperti kandungan dalam SMS rakan saya itu baru kita mula merasa takut, gementar, runsing atau sebagainya. Kita juga jangan sekali-kali beranggapan dan menaruh harapan bahawa peristiwa kiamat itu masih jauh lagi. Bila tarikh dan masanya, ia merupakan antara rahsia Allah yang dirahsiakan daripada kita (ayat 34, surah Luqman).
Sebenarnya kita harus sentiasa bersiap sedia untuk menghadap Allah pada bila-bila masa. Itulah yang sebaik-baik persediaan. Bagi saya, jika kita sentiasa sedar dan insaf bahawa kita adalah daripada Allah dan kepada-Nya kita akan kembali pada bila-bila masa, insha Allah kandungan SMS tadi tidaklah memberi bekas kepada kita. Kebiasaannya yang menjadi barah dalam akidah kita ialah, kita sering beranggapan dan menaruh harapan bahawa umur kita masih panjang; kematian masih lambat lagi; kiamat masih jauh lagi; walhal kesemuanya itu boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja.
Saya bukannya ustaz atau orang alim, sekadar untuk mengingatkan pada diri saya semata-mata.
2 comments:
Janji Allah semuanya pasti berlaku dan benar belaka. Janganlah kita jadi sebahagian dari orang yang rugi. ......."Ya Allah ampunkanlah dosa kami dan kedua ibu bapa kami serta kaum muslimin dan muslimat". "Ya Allah Ya Tuhan kami, kami telah menzalimi diri kami, dan jika Engkau tidak mengampunkan dosa kami dan memberi rahmatMu kepada kami sesungguhnya jadilah kami di antara orang-orang yang rugi".
Assalamu'alaikum, saudara dan rakan-rakan sekalian.
Terima kasih kerana berkongsi kandungan sms begitu. Nah, inilah yang dikatakan manfaat ICT. Namun begitu, bukanlah maksud saya untuk meneliti kandungan sms penuh terperinci seperti meneliti kandungan kitab-Nya dan hadith-hadith Nabi-Nya. Ini kerana secara sepintas lalu, pengirim asal sms tersebut seolah-olah mau jadi "tuk nujum" pula dengan meramal itu dan ini, ditambah penyebarannya yang di"had"kan. Takut-takut, ia lebih berupa "surat berantai" yang sering diguna pihak tertentu untuk kepentingan.
Mungkin juga sms sebegitu, satu lagi cabang fitnah akhir zaman, di mana maklumat boleh tersebar tanpa tapisan, sekaligus mengelirukan golongan jahil seperti kita. Namun begitu, tidaklah bermakna kita tak percaya aan kejadian sebegitu boleh berkait dengan petanda qiamat. Segalanya mungkin, seperti yang saudara katakan. Justeru, eloklah kita lebih berhati-hati, dan, serentak itu, memperdalam pengetahuan agama kita agar lebih yakin serta tak mudah dipermainkan ejen-ejen kafir dan munafiq. Semoga kita mampu mempertingkatkan iman dan taqwa kita kepada-Nya sebagai persiapan menghadapi hari esok (qiamat).
Terima kasih.
Post a Comment