Thursday, December 11, 2014

Sorotan Konvensyen 50 Tahun SBM (Bahagian Akhir)




Salah satu sesi dalam konvensyen 50 Tahun SBM baru-baru ini ialah sesi forum. Ia telah dilangsungkan pada 30 November (Ahad) sebelah pagi. Sesi berkenaan telah menampilkan tiga orang ahli panel yang cukup berwibawa untuk mengulas soalan yang telah diajukan kepada mereka.

Ketiga-tiga ahli panel berkenaan ialah En. Ivan Ho Tuck Choy, En. Mohd Amin bin Mohd Nor dan Cik Chok Siew Lee. Manakala saya sendiri telah diberi tanggungjawab selaku pengerusi forum.



Setelah saya mendengar kembali perbincangan forum berkenaan, saya berpendapat banyak perkara yang telah dikongsikan oleh ketiga-tiga ahli panel berkenaan. Generasi muda dalam SBM seharusnya meneliti perbincangan dalam forum berkenaan bagi dijadikan teladan dan sempadan dalam menentukan hala tuju SBM pada masa hadapan. Walaupun ketiga-tiga ahli panel berkenaan bukan lagi berada di peringkat kepimpinan SBM hari ini, tetapi mereka tidak pernah bertindak untuk menghancurkan organisasi ini. Setakat yang saya maklum, mereka juga tidak pernah menggelapkan wang persatuan. Bahkan di peringkat awal SBM, mereka pula yang telah mengeluarkan wang saku masing-masing untuk survival SBM.

Sebagai perkongsian bersama, maka sesi forum berkenaan boleh kita sama-sama dengar dan tonton dengan klik (enter) di bawah ini. Saya juga ingin memohon berbanyak maaf jika terdapat sedikit aksi yang mungkin kurang sedap dipandang yang tidak dapat saya buang kerana ia turut akan menjejaskan perbincangan dalam forum berkenaan. Fokus saya ialah perbincangan dalam forum berkenaan dan bukannya aksi yang mungkin telah berlaku secara tidak sengaja. Selain itu, 6 minit awal merupakan suasana sebelum bermula sesi forum.



No comments: