Thursday, December 11, 2014

Tahniah Kepada Pasukan Harimau Malaya




Sebentar tadi, pasukan bola sepak negara Harimau Malaya telah berjaya menumpaskan pasukan Vietnam dengan 4-2 di Vietnam. Ini bermakna, pasukan Harimau Malaya berjaya menewaskan Vietnam dengan agrigat 5-4. Dengan kejayaan ini, pasukan Harimau Malaya berjaya melangkah ke perlawanan akhir untuk bertemu dengan pasukan Thailand nanti.

Kejayaan ini sekaligus membuktikan bahawa kemenangan menewaskan Singapura bukanlah nasib semata-mata. Manakala kekalahan di Shah Alam pula mungkin merupakan suatu strategi. Kemenangan di Vietnam pula merupakan suatu hakiki. Kejayaan menjadi juara nanti masih merupakan persimpangan antara realiti atau mimpi.

Tahniah sekali lagi kepada pasukan Harimau Malaya.


No comments: