Friday, November 18, 2011

Selamat Bercuti

Bagi kebanyakan negeri di Malaysia, hari ini merupakan hari terakhir sesi persekolahan bagi tahun 2011. Mulai esok, cuti panjang akan bermula. Bagi Kelantan, Terengganu dan Kedah, sesi cuti panjang telah pun bermula hari ini.

Kepada murid seluruh negara, saya tidak lupa mengucapkan selamat bercuti. Gunakanlah cuti panjang ini dengan perkara berfaedah dan bermanfaat.

Kepada murid yang sedang menduduki peperiksaan SPM atau STPM, selamat menduduki peperiksaan. Selepas ini, giliran anda pula yang akan bercuti panjang.

Kepada rakan-rakan sejawat pula, selamat meneruskan tugas. Maklumlah, walaupun cuti persekolahan bermula, ramai juga guru yang sebenarnya tidak bercuti panjang sebagaimana murid-murid kita. Ada yang kena jadi pengawas peperiksaan yang sedang berjalan, ada juga yang kena menanda kertas jawapan peperiksaan sama ada peringkat SPM mahupun peringkat STPM. Ada juga yang terpaksa bertugas di sekolah pada masa cuti. Ada juga yang harus menyelesaikan pelbagai tugas lain di sekolah. Itulah guru.

Pada kesempatan ini juga, saya tidak lupa untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada murid-murid yang telah berjaya dalam peperiksaan UPSR yang mana keputusannya telah diumumkan semalam. Kepada yang kurang berjaya, jangan putus asa. Peluang masih luas terbentang.

Selamat bercuti semua!

No comments: