Thursday, November 24, 2011

Tahniah Sekali Lagi Untuk Pasukan Harimau Muda

Malam tadi telah berlangsung perlawanan bola sepak kelayakan sukan Olimpik London 2012 antara pasukan negara kita (harimau muda) menentang pasukan dari Syria. Perlawanan telah berlangsung di Stadium Bukit Jalil. Sebagaimana yang semua telah maklum, pasukan harimau muda telah tewas 2 – 0. Kali ini, kita kecundang di tempat sendiri pula. Maknanya, berbeza dengan perlawanan Isnin lalu di mana pasukan kita telah mengkecundangkan lawan di tempat lawan, kali ini pasukan lawan (Syria) telah mengkecundangkan kita di tempat kita pula. Begitulah adat pertandingan.

Walaupun pasukan negara kita telah tewas, namun begitu bagi saya, kita patut memberikan ucapan tahniah kepada pasukan harimau muda. Dalam tempoh 48 jam, pasukan bola sepak muda kita telah menempuh dua perlawanan yang penting dan besar. Bukan calang-calang orang yang berkemampuan untuk mengharungi dua pertandingan besar dalam tempoh 48 jam, khasnya dari aspek tenaga dan psykologi. Namun demikian, itulah yang telah dilalui oleh pasukan bola sepak harimau muda. Dari satu sudut yang lain, pasukan bola sepak muda kita telah memberikan hadiah yang adil kepada para penyokongnya, iaitu tidak menang semua dan tidak kalah semua.

Sekali lagi, tahniah saya ucapkan kepada pasukan bola sepak muda negara. Walaupun tewas, tapi tewas atas nama laki-laki.

No comments: